Jangan Berlakon Lagi!
Jangan Berlakon Lagi!
Baru engkau terasa sakit apabila engkau dizalimi
Setelah engkau dizalimi baru engkau rasa indahnya keadilan itu
Engkau pun mula memperjuangkan keadilan
Itu pun mungkin bukan untuk orang tetapi untuk kepentingan diri
Tapi engkau seret sekali orang ramai
Padahal sebelum itu ribuan orang yang terzalim
Bahkan jemaahku engkau ikut serta musnahkan
Waktu itu engkau ada kuasa
Engkau boleh jadi pembela
Setelah kuasa tiada di tangan konon baru hendak jadi pembela
Berapa lama engkau hendak berlakon di atas pentas dunia ini
Berlagak sebagai pembela hakikatnya engkau penipu
Kerana itulah dari dahulu lagi aku katakan kepadamu
Engkau akan jatuh terhina
Mungkin engkau masih ingat kata-kataku dahulu
Sekarang dengan izin Allah telah menjadi kenyataan
Sedar dan insaflah!
Bertaubatlah banyak-banyak dari sekarang
Akuilah kesalahan sendiri
Tegakkanlah keadilan di atas dirimu dahulu
Sebelum memperjuangkan kepada orang lain
Jangan berlakon lagi!
Janganlah berpura-pura dalam kehidupan ini
7.4.99
Selepas Asar - 1
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 836 reads
Post new comment