warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Jangan Anggap Perkahwinan Hanya Hiburan







Jangan Anggap Perkahwinan Hanya Hiburan




Jangan Anggap Perkahwinan Hanya Hiburan

 

Selamat kedua pengantin baru

Berhadapan dengan kehidupan yang baru

Pengantin baru walaupun ada hiburan

Di sana juga ada kehidupan yang mencabar

Dua suami isteri janganlah anggap hanya hiburan

Tapi ia merupakan tanggungjawab di dalam kehidupan

Tanggungjawab memerlukan ketabahan dan kesabaran

Kasih sayang, rasa bersama dan bekerjasama perlu disuburkan

Anak kunci kedamaian dan kebahagiaan cintakan Tuhan

Bertolak ansur, maaf-bermaafan perlu dikekalkan

Takutkan Tuhan kenalah disuburkan di dalam kehidupan

Ia merupakan perisai menolak kejahatan

Suami adalah ketua di dalam keluarga

Isteri dan anak-anak kenalah taat dan setia

Panduan di dalam keluarga adalah syariat Tuhan

Hidup berkat rahmat Tuhan akan bercucuran

Begitulah panduan untuk suami isteri

Terutama pengantin baru yang baru berdiri sendiri

Jika nasihat ini diamalkan dan dihayati

Rumahtangga akan aman damai hingga ke mati

 

25.1.2003 2

Menjelang tidur

 

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer