warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Jalan Yang Sesat Lagi Menyesatkan







Jalan Yang Sesat Lagi Menyesatkan





Jalan Yang Sesat Lagi Menyesatkan

 

Di antara ajaran sesat tidak dianggap sesat ialah memuja bangsa dan negara

Bangsa dicintai, negara dipuja, Tuhan dilupa

Tuhan tidak dicintai bahkan tidak diambil kira

Cinta bangsa dan negara kerana Tuhan, itu memang dianggap mulia

Membela bangsa dan negara kerana Tuhan memang digalakkan bahkan diwajibkan

Cinta bangsa dan negara tidak dihubungkaitkan dengan Tuhan sesat-menyesatkan

Mana boleh membesarkan bangsa dan negara membelakangkan Tuhan

Tuhan adalah segala-galanya

Tidak boleh membesarkan sesuatu selain Tuhan

Memang ada Hadis mengatakan cintakan tanahair setengah daripada iman

Hadis itu memang tidak boleh dinafikan

Maksudnya pertahankan tanahair hingga bebas

senang memperjuangkan Tuhan dan hak Tuhan

Kalau negara dijajah kebebasan memperjuangkan Tuhan dan hak Tuhan terhalang

Jadi cintakan bangsa dan tanahair ada hubung kait dengan cintakan Tuhan

Jika cintakan bangsa dan negara tersendiri, tanpa Tuhan satu kesalahan

Membesarkan bangsa dan negara semata-mata, itu adalah syirik dengan Tuhan

Orang yang berfaham kebangsaan semata-mata cintakan bangsa dan negara

Tuhan tidak diperjuangkan, Tuhan tidak diambil kira

Bahkan orang berfaham kebangsaan sebut Tuhan rasa ganjil dan menghairankan

Tuhan tidak ada di dalam kamus perjuangan mereka

Tuhan mereka tidak akan perjuangkan

Mereka hanya memperjuangkan bangsa dan negara semata-mata

Bahkan rasa bangga

Mereka malu hendak memperkatakan Tuhan

Mereka rasa inferiority complex memperjuangkan Tuhan

Padahal bangsa dan negara tidak akan wujud tanpa Tuhan

Sepatutnya Tuhanlah yang lebih patut dicintai dan dibesarkan

Cintakan bangsa dan negara kerana ada hubung kait dengan cintakan Tuhan

Sepatutnya Tuhanlah segala-galanya

Bukan bangsa dan negara segala-galanya

Kerana itulah umat Islam sedunia menjadi hina kerana meninggalkan Tuhan

Bangsa dan negara dibesar-besarkan Tuhan tidak dibesarkan

Maka perjuangan umat Islam tidak dibantu Tuhan

Tuhan berlepas tangan kerana murka kepada umat Islam

Mengapalah umat Islam sampai tersesat jalan

Bangsa dan negara dibesarkan, Tuhan tidak dipedulikan

 

9.9.2004 1

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer