warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Jalan Tuhan







Jalan Tuhan




Jalan Tuhan

 

Assiratalmustaqim adalah jalan Tuhan

Jalan untuk keselamatan manusia di dunia di dalam kehidupan dan di Akhirat di penghujungnya

Jalan Tuhan tidak nampak oleh mata, bahkan tidak dinampak oleh semata-mata akal fikiran kalau tidak dipandu oleh wahyu Tuhan

Jalan Tuhan adalah bersifat maknawi dan rohani

Di sepanjang jalan ada tanda-tanda jalan untuk panduan insan

Siapa faham dan ikut peraturan dia selamat dan menyelamatkan

Jika tidak faham atau faham tapi disiplin jalanraya Tuhan tidak dijadikan panduan

Ramailah orang eksiden, berlakulah perlanggaran, bahaya pun datang membinasakan

Bukan senang hendak menempuh jalan Tuhan yang tidak nampak oleh mata, bahkan tidak mampu dilihat oleh akal fikiran

Tanda-tanda jalan juga sebagai panduan adalah juga bersifat maknawi dan rohani

yang mata tidak kelihatan

Kalau mata rohani tidak celik dan tidak dibantu pula oleh akal fikiran yang disuluh oleh wahyu Tuhan

Berlakulah selalu perlanggaran, huru-haralah kehidupan insan, musnahlah kehidupan

Banyak orang tersesat jalan, ada yang tidak tersesat tidak pula mengikut peraturan

Kedua-dua cara ini merbahaya, yang satu tidak sampai penghujung jalan,

yang satu lagi terkandas di tengah jalan di dalam perjalanannya

Menempuh jalan Tuhan perlukan seorang pemandu jalan raya, yang faham undang-undang, berdisiplin mengikut pula undang-undang

Sedangkan hendak menempuh jalan yang bersifat maknawi dan rohani itu

payah hendak dikesan

Orang yang matanya di hatinya sahaja yang dapat benar-benar faham perjalanan   assiratalmustaqim

Atau mata hati yang celik sahaja yang suluhannya mampu menempuh jalan selamat

Mata hati dibantu oleh wahyu dan oleh akal fikiran

Akal fikiran yang telah diberi kekuatan dari hati yang disuluh oleh wahyu Tuhan

Orang eksiden di jalan yang bersifat maknawi dan rohani tidak dapat dikesan

Kecuali mata hati orang yang celik dan akal yang ada pengetahuan dari Hadis dan Quran

Kerana ia adalah jalan ke Akhirat, Negara yang berkekalan, mata tidak kelihatan

Tidak seperti jalan raya dunia yang bersifat maddi jelas mata memandang amat terang

Kerosakannya mudah dikesan, bahayanya jelas kelihatan, tidak ada kesamaran

Jalaraya ke Akhirat setiap waktu jelas berlaku perlanggaran, setiap hari eksiden tidak kelihatan

Bahayanya jangka panjang baru dapat dikesan

Eksiden atas jalan raya ke Akhirat lebih kerap kejadiannya, sangat memudharatkan

Ego melanggar hasad, dendam melanggar pemarah, pengumpat melanggar orang sabar

Bakhil melanggar pemurah, gila nama melanggar gila kuasa,

gila puji melanggar gila harta

Perlanggaran ini atau eksiden ini, orang menganggap bukan satu perlanggaran

Kerana bahayanya tidak nampak secara spontan

Tapi apa yang berlaku di dunia hari ini orang bergaduh, berkrisis, berbunuh-bunuhan, peperangan, harta musnah, pembangunan punah kerana eksiden tadilah

Kejadian itu berlaku kerana tidak mengikut jalan assiratalmustaqim

Atau ikut jalan tapi tidak ada panduan, atau tidak mengikut peraturan jalan

 

9.2.2004 1

Selepas Zuhur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer