Jadual Tuhan
Jadual Tuhan
Malam tadi saya dapat alamat
Pilihanraya yang kesebelas ini mungkin tidak jadi
Khawariqul ‘adah akan terjadi insya-Allah satu kejadian yang membimbangkan negara akan berlaku
Perbalahan di antara orang Mahathir dengan orang Pak Lah di dalam UMNO akan berlaku serius
Golongan bekas wakil rakyat ramai yang tidak dipilih, yang diganti oleh Pak Lah dengan muka-muka baru mereka tidak puas hati
Muka-muka baru yang tidak ada pengalaman di kalangan orang-orang muda mengganti mereka tidak sedar diri
Perbalahan akan berlaku juga di kalangan veteran-veteran UMNO dengan muka-muka baru yang dipilih kerana tidak puas hati
Pak Lah gopoh terburu-buru mengadakan pilihanraya sebelum dia menampakkan wibawanya
Jasanya kerajaan belum nampak lagi dia sudah bertindak melulu
Kemampuannya orang belum boleh terima kerana terlalu awal
Di dalam keadaan belum ada jasa, dia bertindak melulu terhadap rasuah di waktu kerajaan Mahathir dahulu
Mahathir tersinggung dan orang Mahathir cemas dan bimbang, marah dan geram
Seolah-olah Pak Lah hendak memperlihatkan kerajaannya bersih
Dia gopoh membuat pilihanraya, kerana hendak sangat membersihkan orang Mahathir
Kelemahan Pak Lah orang Umno sedar, pegawai-pegawai kerajaan tahu, lebih-lebih lagi intelligent negara
Makin dekat pilihanraya krisis dalamn UMNO makin terserlah dan meruncing
Pak Lah sedar dan cemas
Kekuatan pembangkang semakin nampak, setelah dekat pilihanraya lebih-lebih lagi mereka menunjukkan tidak puas hati
Pak Lah semakin bimbang dan takut
Masa yang sama krisis dalamn UMNO semakin meruncing kerana ada yang hendak jatuh-menjatuhkan sesama sendiri
Intelligent negara cemas melihat keadaan itu
Kalau diteruskan juga pilihanraya bangsa dan negara bahaya
Mereka takut kalau diteruskan juga pilihanraya orang Melayu terancam,
masa depan mereka gelap
Mereka akan nasihatkan Yang Dipertuan Agong isytihar darurat
Tentera pun mengambil alih kerajaan
pilihanraya dibatalkan sebelum dilangsungkan
selepas itu Pak Lah mungkin letak jawatan atau dipecat
Sekitar satu atau satu setengah bulan setelah beberapa kali berbincang Agong letak Tun Ghaffar Baba menjadi PM
Apabila ia terjadi, berlakulah jadual Tuhan yang selama ini telah diceritakan
Selepas itu jadual Tuhan terus berlaku seperti yang kita faham
Kita sedang menunggu dan menunggu
Kursus-kursus yang telah berlaku, disusul dengan kepimpinan baru, diwujudkan pula dengan pemimpin pelapis
Seolah-olah kita sedang menyiapkan diri untuk menyongsong jadual Tuhan
Untuk mewujudkan pejabat pentadbir, mengemaskinikan jemaah, menghantar delegasi Mawaddah ke Eropah memberi isyarat bahawa suara kita akan didengar di seluruh dunia tidak lama lagi
Pemergian mereka diberkati dan dirahmati
Begitulah alamat yang saya dapat yang saya tuliskan di dalam sajak ini
Moga-moga ia terjadi, saya rasa ia akan terjadi
7.3.2004 – 1
Menjelang tidur
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 728 reads
Post new comment