warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Islam Hadhari Di Dalam Masyarakat Majmuk







Islam Hadhari Di Dalam Masyarakat Majmuk





Islam Hadhari Di Dalam Masyarakat Majmuk

                   Lebih baik kita memperkatakan Islam Hadhari daripada negara Islam

Islam Hadhari janganlah sesiapa salah faham, takutkan dan bimbangkan

Ia bukan bersifat agama semata-mata yang hanya meyakinkan Tuhan dan ketuhanan

serta cara penyembahan

Janganlah hendaknya jika negara mengajak kepada Islam Hadhari

Ada yang mengertikan mengajak semua kaum dan bangsa masuk Islam

Yang bersifat agama masing-masing boleh pertahankan, pegangan masing-masing tentang Tuhan dan penyembahan tanpa paksaan, itu adalah hak asasi setiap insan

Bahkan kalau ada orang tidak percaya Tuhan pun tidak ada sesiapa pun boleh paksa tinggalkan keyakinannya demikian

Agama adalah hak peribadi setiap insan yang ini janganlah dibimbangkan

Tapi di dalam kepentingan bersama di dunia di sebuah negara untuk semua kaum

dan bangsa, semua orang boleh mencari jalan keselamatan dan keharmonian

Kerana itulah di dunia hari ini, setiap dasar negara asas-asasnya bukan dari

negara berkenaan

Masing-masing negara mengambil asas-asas dan sistem negara masing-masing

untuk diundang-undangkan mengambil di mana-mana sahaja yang boleh membawa keadilan dan keselamatan

Tidak pula kaum dan bangsa di negara itu persoalkan dan menentang

Saya membawa beberapa contoh sebagai pengetahuan

Rata-rata negara di dunia asas undang-undang negara itu mengambil dari undang-undang dan sistem Islam yang silam di zaman gemilangnya

Baratlah yang mengambil lebih dahulu untuk panduan

Kemudian undang-undang dan sistem mereka itu dari masa ke semasa

diubah dan  disesuaikan dengan keadaan dan perubahan zaman

Tidak pula kaum dan bangsa yang ada di barat menentang dan persoalkan kerana itu adalah kebaikan

Tidak pula ada yang mengatakan mengapa kita dipaksa atau mesti masuk Islam!

Mengambil peraturan dan sistem hidup itu tidak boleh dikatakan masuk Islam

Ini adalah satu kenyataan yang sangat terang dan satu fakta yang tidak boleh dipertikaikan

Memanglah setiap bangsa dan negara dari masa ke semasa sentiasa mencari-cari sistem dan peraturan untuk kebaikan rakyat tempatan setiap zaman

Dari masa ke semasa sentiasa dibuat perubahan-perubahan mengikut keperluan

dan peredaran zaman

Yang rasa tidak sesuai ditinggalkan, ada pandangan baru yang munasabah

digunapakai menjadi tambahan

Saya bawa contoh-contoh lain agar kita memandang jauh dan terbuka fikiran

Hampir seluruh dunia hari ini asas-asas dasar negara mereka diambil dari luar

mungkin ramai tidak perasan

Banyak negara di dunia hari ini, mengambil demokrasi sebagai dasar negara

untuk diundang-undangkan

Demokrasi adalah ajaran dari barat bukan dari negara masing-masing atau ajaran tempatan tidak pula dipertikaikan

Ia hanya sebagai sistem yang ada di dalam ideologi buatan manusia

Cuma setiap negara itu mengubahsuaikan ajaran yang diambil dari luar itu,

kemudiannya diterimapakai

Begitulah faham komunis dan sosialis yang dipakai oleh setengah negara di dunia

adalah ideologi dari barat juga

Pengasasnya adalah Karl Mark, negara Cina yang penduduknya begitu ramai menerima ajaran itu sebagai pegangan negaranya, dianggap satu kebaikan

Tidak pun rakyat Cina itu membantah dan menentang setelah diundang-undangkan

Bahkan dunia sedang mencari-cari ajaran dan sistem-sistem yang baru untuk diamalkan

Kerana ajaran yang sedang diamalkan sekarang samada komunis, sosialis, mahupun demokrasi sudah nampak kelemahan

Bahkan ketiga-tiga ajaran itulah yang sedang menyumbang kepada gejala masyarakat yang tidak sihat yang sedang berlaku sekarang

Krisis politik, krisis moral, penzinaan, pembunuhan, rasuah, dadah,

ketidak adilan dan peperangan adalah kesan oleh sistem dan ajaran

yang sedang diamalkan

Jadi kalau ada pemimpin-pemimpin negara sekarang hendak mencari

dan cuba mengundang-undangkan satu ajaran dan sistem yang baru

bukanlah satu kesalahan

Sebagai contoh PM Malaysia hendak mengamalkan Islam Hadhari untuk diundang-undangkan samada bertulis atau tidak di negara Malaysia bukanlah satu kesalahan

Kerana ajaran Islam itu bukan sahaja bercorak agama tapi ia adalah peraturan hidup,

cara bernegara atau tatanegara dan bangsa, untuk semua kaum dan bangsa

Kalau kita tidak mahu agamanya, kerana masing-masing sudah ada agama menjadi pegangan tidak mengapalah ia tidak boleh dilarang dan tidak boleh ditentang

Agama adalah hak individu tidak boleh dipaksa sekalipun oleh negara

Agama ada hubungan dengan keyakinan yang ghaib dan ketuhanan

Peraturan hidup, cara atau tatanegara apalah salahnya diterima untuk keselamatan

Kita bukankah sedang mencari-satu satu sistem yang lebih baik untuk semua kaum

dan bangsa di dalam sebuah negara demi perpaduan kaum, keharmonian dan keselamatan?

Oleh itu mari kita memperkatakan Islam Hadhari, cara hidup dan tatanegaranya sahaja untuk difahami

Supaya kita dapat melihat keindahannya dan boleh dipakai bersama

demi keharmonian kaum dan bangsa Malaysia yang bersefahaman

Apa erti Islam?

Apa erti Hadhari?

Islam ertinya keselamatan, apakah ada orang tidak suka keselamatan?

Erti keselamatan secara umum yang besar-besar dan asas-asasnya yang pentingnya adalah seperti berikutan:

Keadilan adalah termasuk keselamatan, keadilan di segi undang-undang, keadilan mendapat pekerjaan, keadilan pengagihan kekayaan mengikut kemampuan dan kebolehan

Termasuk keselamatan juga berkasih sayang, bersatu-padu, rasa bersama, bekerjasama semua orang memerlukan

Tolong-menolong, bela-membela, bertolak ansur sangat penting di dalam kehidupan

Hormat-menghormati satu sama lain, tidak boleh hina-menghina kerana berlainan agama dan bangsa sangat diperlukan di dalam pergaulan

Setiap orang diberi kebebasan melaksanakan hak asasi masing-masing mengikut undang-undang dan peraturan supaya tidak ada perlanggaran

Begitulah ertinya keselamatan mengikut Islam Hadhari secara lebih kurang atau secara rambang

Setelah digambarkan sepintas lalu erti keselamatan mengikut Islam Hadhari saya rasa semua orang memerlukan, apakah ada yang menentang?!

Itulah yang patut semua kaum dan bangsa di dalam negara ini faham dan perjuangkan

Erti Hadhari pula, perlu setiap kaum dan bangsa di negara ini ada pengetahuan tentangnya agar tidak salah faham untuk diamalkan di dalam kehidupan

Hadhari kalau dihuraikan ertinya Islam yang maju dan membawa kemakmuran

Keperluan-keperluan asasnya setidak-tidaknya seperti tempat tinggal, alat-alat perhubungan, alat-alat pentadbiran, kemudahan-kemudahan mencari ilmu dan pelajaran melalui alat yang canggih mengikut keperluan dan zaman

Keperluan-keperluan di bidang makan minum, pakaian dapat diwujudkan dan di dalam kesejahteraan dan kemakmuran

Kemajuan kampung dan bandar, alat-alat ketenteraan diwujudkan mengikut zaman

Itulah dia Islam Hadhari adalah gabungan di antara pembangunan insaniah dan kemajuan material yang sangat diperlukan setiap insan, oleh bangsa dan negara mengikut zaman

Apakah hadhari di sudut insaniah  seperti yang digambarkan di atas tidak diperlukan?

Apakah kemajuan material seperti yang disebut ada orang yang hendak menentang dan persoalkan?

Kalaulah setiap warganegara di Malaysia faham erti Islam Hadhari, maju dan makmur apakah patut ditentang?

Islam yang membawa keselamatan dan keharmonian dan membawa kemajuan dan kemakmuran adalah idaman setiap insan

Kalau rakyat yang berbilang kaum dan bangsa di Malaysia faham memang itulah yang diidam-idamkan

Jika rakyat Malaysia mengerti tentang Islam Hadhari itu adalah khabar gembira buat mereka

Cadangan perdana menteri kita adalah kebaikan untuk semua

Ini adalah satu perubahan yang memang kita perlukan

Kalau rakyat Malaysia faham dan perjuangkan Islam Hadhari dari sekarang kita akan lihat satu perubahan yang luarbiasa akan berlaku sangat menguntungkan

Mari kita bersatu di belakang PM dan bersama-sama memahami dan mengamalkan Islam Hadhari yang membawa keharmonian dan kemajuan

Integrasi atau perpaduan kaum dan bangsa akan menjadi kenyataan

Ia mesti bermula daripada sekarang diperjuangkan

Itulah caranya juga gejala masyarakat yang sangat ditakuti oleh semua kaum dan bangsa di Malaysia akan berkurangan

Sangat bijak PM kita mencari satu formula yang sesuai untuk semua kaum dan bangsa

Marilah kita berjuang ke arah itu, Malaysia akan lahir satu bangsa baru yang semua mendapat keuntungan

 

16.6.2004 1

Menjelang Zuhur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer