warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Islam Agama Selamat Dan Menyelamatkan







Islam Agama Selamat Dan Menyelamatkan





Islam Agama Selamat Dan Menyelamatkan

 

Islam adalah selamat dan menyelamatkan

Setiap orang disuruh menyelamatkan diri daripada sebarang kemungkaran

Juga disuruh orang lain selamat daripada kemungkaran

kerana itulah disuruh nasihat-menasihati

Setiap orang tidak dibenarkan diganggu dan tidak boleh pula mengganggu orang

Setiap orang tidak boleh melakukan gejala masyarakat kerana ia menyusahkan

Kalau ada orang yang berbuat perlu mendapat teguran

Jika mereka melakukan juga perlu dihalang tidak boleh dibenarkan

Keselamatan umum kenalah setiap orang menjaga dan bertanggungjawab

Kerajaan bertanggungjawab rakyat juga ikut bertanggungjawab

Jaga-menjaga daripada sebarang gejala yang merosakkan kehidupan dan perpaduan

Yang merosakkan itu adakalanya sistem yang dilagang

Adakalanya masyarakat rosak oleh sistem tapi tidak perasan

Sistem yang merosakkan sangat tersirat payah dikesan

Kerana itulah melahirkan sistem kenalah berhati-hati jangan sampai merosakkan

Kerosakan masyarakat hingga tergugat keselamatan kerana sikap setiap orang

Sikap jahatnya itulah membawa kerosakan di dalam kehidupan

Di sini baru kita faham keselamatan tergugat ada dua sebab

Sebab sistem dan sebab sikap perangai buruk orang ramai

Apabila keselamatan tergugat hidup huru-hara dan bencana

Huru-hara adalah melahirkan kegelisahan dan ketakutan

Semua golongan mendapat kesusahan dan penderitaan

Jagalah keselamatan umum agar masyarakat aman dan tenang

Buatlah sistem yang selamat dan menyelamatkan

Bersikap baiklah agar ia selamat dan menyelamatkan kehidupan

Kalau sikap dapat dibetulkan dan sistem itu baik dapat mengawal keselamatan

Sungguh indah hidup ini, sungguh bahagia jiwa rasanya

Marilah kita jadi manusia selamat dan menyelamatkan

Dengan cara membaiki diri dan sistem yang sudah rosak ini

 

9.9.2004 2

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer