warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Islam Agama Perpaduan







Islam Agama Perpaduan




Islam Agama Perpaduan

 

Islam adalah hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia

Hubungan dengan Allah banyak berlaku di masjid dan di surau-surau

secara fizikal dan rohani

Yang bersifat rohaniah ini berlaku di mana-mana

kerana ia adalah kerja hati

Hubungan sesama manusia tidak kira kafir

atau Islam berlaku di mana-mana sahaja

Berlaku di jalan raya, di rumah, di kedai makan, di dalam kenderaan,

di sekitar jiran tetangga

Disiplin waktu berhubung, bertemu, waktu bermesyuarat,

bermuzakarah, berceramah

Di dalam keluarga, waktu bekerja, bermusafir, berjuang dan ziarah

Di sini dibawa beberapa contoh, yang tidak disebutkan kiaskan sahaja

Di jalan raya utamakan orang lain dahulu, sekalipun jalan kita

Bertanya-tanyalah hal jiran sama ada Islam atau kafir,

kesusahannya dibantu, sakitnya diziarah, ketiadaannya jaga rumahnya

Waktu makan di kedai, bayarkan yang di kiri kanan kita

Ketika ke pasar, bayarkan untuk orang yang di sebelah kita

setakat termampu

Apabila naik bas, utamakan orang lain duduk,

lebih-lebih lagi orang tua atau kaum ibu

Kalau kita berjalan berkenderaan sendiri, terjumpa orang menunggu bas,

pelawa dia naik kenderaan kita

Berjumpa orang di mana-mana sama ada dikenali atau tidak

berilah salam kepada mereka

Di dalam majlis, ada peluang bermesralah,

ada orang bercakap dengarlah, jagalah tata-susila

Ada orang yang susah meminta, berilah jangan dikecewa,

kita berhutang kerananya pun tidak mengapa

Hutang orang kepada kita jangan dipinta

Kalau boleh bayarkan hutang orang setakat termampu, jadikan budaya

Kalau mereka bayar, Alhamdulillah, jika tidak, halalkan sahaja

Jika kita bersalah dengan siapa sahaja minta maaflah,

orang bersalah maafkan sahaja sekalipun tidak meminta

Berkawan hendaklah setia, berjemaah sama-sama berkorban

dan menjaga keutuhannya

Pengutip-pengutip sampah kenalah beri hadiah

atau apa-apa sahaja yang makanan yang munasabah

Berani jangan melulu, biarlah berstrategi,

takut juga jangan terlalu,  Tuhan benci

Bekerja biarlah berdasarkan ilmu, bersungguh-sungguh,

bekerja secara jemaah hendaklah bekerjasama

Kalau makan jangan seorang dibedal, biarlah ada orang lain sama

Orang yang menentang kita, janganlah dilayan,

Kalau boleh buat baik dengan mereka

Kalau mereka fitnah, tidak salah kita menghilangkan fitnah,

 

14/12/02 - 1

Selepas Subuh

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer