warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Islam Ada Berbagai Aspek







Islam ada berbagai aspek




Islam ada berbagai aspek

 

Islam ada berbagai-bagai aspek

Mendapatkan negara, menjalankan pentadbiran, menegakkan hukum ibarat membuat pagar dan benteng pertahanan

Ertinya membuat pagar atau benteng ada benda dan perkara yang hendak dijaga  dan dikawal

Agar benda dan perkara itu selamat daripada dirosakkan

Biasanya yang hendak dipagar dan dibenteng ialah kebun buah-buahan, taman bunga, ladang tanam-tanaman dan ternakan

Ini dinamakan aspek luaran

Ia di luar diri yang hendak dipagar

Aspek yang penting di dalam Islam ialah cintakan Tuhan dan rasa bertuhan

Hingga Tuhan benar-benar dirasakan pentadbir, penjaga, penyelamat dan idola manusia

Aspek yang lain pula menghayati syariat-Nya

Itulah dia jalan kepada Tuhan

Dari penghayatan syariat itu lahirlah akhlak yang mulia di dalam diri manusia

Seperti berkasih sayang, bertimbangrasa, pemurah, pemalu, tawadhuk, sabar, redha, bekerjasama

Perikemanusiaan yang tinggi, mengutamakan orang lain, hormat-menghormati, bertolak ansur, maaf-bermaafan

Dari akhlak yang mulia inilah wujudnya kehidupan yang murni dan harmoni

Kehidupan itulah semua golongan manusia menginginkan kerana ia membawa ketenangan dan kebahagiaan

Aspek yang dua inilah ia ibarat ladang-ladang buah-buahan, taman-taman bunga, kebun sayuran, biji-bijian dan ternakan

Maksudnya orang yang berjuang hendakkan negara, menegakkan hukum dan pentadbiran kerana hendak melindunginya

Iaitu hendak melindungi orang yang sudah cintakan Tuhan, orang yang bersyariat dan mempunyai akhlak yang mulia

Agar dengan  adanya negara, hukum dan pentadbiran dapat menjaga ini semuanya

Tapi kalau Tuhan pun orang belum kenal, syariat belum dihayati, akhlak yang mulia belum wujud lagi

Apa ertinya dapat negara, menegakkan hukum dan pentadbiran?

Apa yang hendak dijaga?

Macamlah kita membuat pagar, ladang buah-buahan belum ada, taman bunga belum wujud, ladang sayuran dan makanan pun belum ada

Kita ingin membuat pagar kerana hendak menjaga tanaman agar tidak dirosakkan oleh musuh

Pagar itu perlu kerana tanaman telah wujud

Begitulah apabila Tuhan dicintai dan dijadikan idola, syariat sudah dihayati, akhlak yang mulia sudah menjadi pakaian manusia

Maka perlulah kepada negara dan menegakkan hukum untuk menjaga manusia yang sudah bersyariat lahir dan batin

Tapi kalau Tuhan pun belum dikenali, syariat belum dihayati, akhlak yang mulia belum wujud lagi

Bukankah lebih baik perjuangkan Tuhan lebih dahulu, hayati syariat, tegakkan akhlak

Daripada sibuk-sibuk hendak memperjuangkan negara dan pentadbiran lebih dahulu

Janganlah kita jadi para pejuang yang tertipu dan penipu

Akhirnya rakyat pula tertipu oleh perjuangan kita

 

1 Safar 1421

Menjelang tidur - 2

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer