warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Intergrasi Kaum







Intergrasi Kaum





Intergrasi Kaum

Perpaduan kaum bukan perpaduan fizikal

Bukan kerana  perkongsian perniagaan atau berada sama-sama  satu parti

atau satu ideologi

Perpaduan kaum juga bukan kerana selalu bertemu di majlis-majlis makan

Perpaduan kaum  bukan juga selalu bertemu di majlis-majlis  perayaan  kaum dan bangsa Semua itu adalah  berbentuk fizik  atau lahir  semata-mata  

Anggota lahir  tidak merasa apa-apa  atau tidak mengerti  apa-apa

Yang mengerti itu adalah akal, yang merasa itu adalah roh atau jiwa

Kalau akal fikiran selalu tidak selari, jika jiwa selalu sahaja tidak ada perasaan  bersama, pertemuan fizik  itu tidak ada erti apa-apa

Bahkan makin selalu bertemu, makin jauh di hati

Makin selalu bertemu jiwa berjarak  sekali

Ini terbukti fakta yang telah berlaku di dalam kehidupan kita sehari-hari,

memberi buktinya,

Di dalam satu parti biasa berkrisis selalu,

Di dalam satu parti biasa ada  team-team dan kroni-kroni,

Dan klik-klik yang jatuh-menjatuhkan  satu sama  lain

Di dalam satu ideologi biasa berlaku perpecahan, permusuhan dan peperangan

Kongsi  perniagaan biasa berlaku perselisihan  dan ada yang terus pecah perkongsian

Kerana fikiran tidak bertemu, hati tidak  serasa, mungkin satu kaum atau satu bangsa tidak boleh bersatu

Di sini memberi tahu kita bahawa perpaduan itu bersifat rohani dan maknawi

berdasarkan akal dan jiwa

Jarang bertemu pun tidak mengapa, tidak berada dalam satu parti pun tidak mengapa

Kalau fikiran selari, jiwa rasa bersama

Kalau begitu  untuk bersatu, sekali pun satu kaum dan bangsa, satu parti,  amat susahnya,

Tidak mudah berlaku seperti yang dikata

kecuali orang yang jahil memahami erti perpaduan,  yang mudah berkata

Perpaduan ada berbagai-bagai peringkat  atau kategori

Di antaranya:

1. Perpaduan  yang terpaksa

Ia datang secara mendadak dan tiba-tiba

Perpaduan secara ini hanya sementara, payah kekal berlama-lama

Apabila satu bangsa atau kaum  diserang oleh musuhnya

Terpaksalah bersatu untuk menghadapinya

Setelah selesai  menghadapi musuh, perpecahan  atau perbalahan  berlaku semula

2. Perpaduan yang di paksa atau yang diundang-undangkan oleh negara  kerana  kepentingan bersama,

Demi keselamatan  dan keharmonian  bangsa,

kalau tidak risikonya diterima bersama

Perpaduan ini hanya sebagai etika sahaja.

Terpaksa berlakon atau pura-pura kerana  takut dihukum oleh negara.

    

3. Perpaduan yang bersifat ideologi,

yang dididik rakyat semenjak di sekolah oleh negara hingga fanatik,

seolah-olah  dia sudah jadi aqidah atau agama atau jiwa bangsa

Perpaduan ini agak kuat  daripada yang telah dicerita

Tapi ia agak bahaya  kerana apabila sudah rakyat jadi fanatik dengan ideologi

Mereka akan memusuhi lain-lain bangsa  atau yang tidak se ideologi

Perpaduan ini boleh mengundang banyak musuh

seperti berlakunya perang dunia yang kedua,

Mereka berperang kerana ideologi, akhirnya perpaduan tidak berguna

Kerananya,  dunia musnah dibuatnya

Perpaduan yang telah disebut masih perpaduan secara kasar atau rambang

atau masih ada  border

Perpaduan masih menggunakan otak kemudian ditubi-tubi,

belum bersifat rohani atau kejiwaan

Masih berlaku longgar di sana sini kerana belum global.

  

Perpecahan itu juga banyak berhubung dengan sifat-sifat mazmumah  atau perangai    

jahat manusia

Kerana sombong, dengki, mementingkan diri, hidup nafsi-nafsi, berdendam, pemarah,

tamak, bakhil, zalim, khianat  dan lain-lain lagi

Boleh memecah-belahkan manusia.

Perpaduan yang disebutkan tadi tidak mampu  membuang mazmumah

Perpaduan itu hanya secara kasar sahaja

Perpaduan masih bersifat luaran  kalau ada bersifat kejiwaan  hanya lobi dan dipaksa-paksa.

Ada perpaduan yang lebih kuat  dan sejati lagi  hakiki  

Perpaduan  yang lebih bersifat  sejagat  dan lebih global dan seni,

Ia bersifat maknawi  dan rohani, ia bersifat  akal dan kejiwaan

Ia  boleh  membunuh sifat-sifat  mazmumah  yang memecah-belahkan manusia sekalipun

di dalam satu keluarga.

Ia  boleh  mengikat  kaum  dan  bangsa,  warna  kulit  dan bahasa.         

Ia adalah  kepunyaan  bersama  seluruh manusia.

Inilah  dia  perpaduan yang keempat,

Apa itu perpaduan yang keempat?  Ialah perpaduan ikatan akal dan jiwa manusia

Iaitu  takutkan dan  cintakan Tuhan  dan selaraskan akal fikiran

Takutkan Tuhan, takut  hendak membuat salah sesama manusia,  tidak adalah perbalahan

Cintakan Tuhan  otomatik  cintakan sesama, datanglah rasa  perikemanusiaan  

lahirlah bertolong bantu  dan bekerjasama sesama

Tuhan adalah kepunyaan bersama  seluruh manusia tidak kira apa kaum dan bangsa

Ikatan  ideologi  kepunyaan sesuatu kelompok  bukan kepunyaan bersama

Bahkan ciptaan manusia

Begitu lah juga ikatan yang diperundang-undangkan  atau terpaksa tidak semuanya kena

Tapi Tuhan sama-sama  punya

Ikut Tuhan tidak ada hasad dengki, tidak ada  sombong , tamak dan lain-lain  sifat

yang memecah-belah  manusia

Takut dan cintakan Tuhan, Dia adalah kepunyaan bersama

Maka Dia menjadi pengikat  semua kaum dan bangsa

Wahai manusia  sejagat!

Sekiranya kita inginkan perpaduan sesama  manusia tidak kira kaum dan bangsa,

ilmu yang disebut perlu ada

Agar melakukan perpaduan ada panduan  dan kaedahnya

Di sini di ingatkan perpaduan tidak semudah yang di sangka,

Tidak  cukup dengan slogan-slogan, syarahan-syarahan dan diundang-undangkan oleh

negara

Kalau mazmumah saja pun masih ada di dalam diri,

manusia susah hendak bersatu  bersama

Bukan  saja tidak boleh bersatu, seluruh kaum dan bangsa,

satu keluarga pun payah berlaku

Kalau ideologi sudah sama,  ertinya fikiran sudah sekata,

Mazmumah pula penghalangnya

Mazmumah lebih banyak memecah-belahkan sesama manusia, sekalipun satu keluarga,

Jika satu agama  pun belum boleh bersatu  secara kukuh,

Kalau membiarkan mazmumah  bermaharaja lela,

Mazmumah  hanya boleh ditumpaskan  dengan hanya takut dan cintakan Tuhan,

Sekadar ideologi tidak mampu membendungnya

padahal  mazmumahlah yang banyak memainkan  peranan memecah-belahkan

sesama manusia

Mazmumah inilah  jarang kaum dan bangsa-bangsa di dunia memikirkannya

    

  23.5.2004

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer