warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Ilmu Tuhan







Ilmu Tuhan





Ilmu Tuhan

 

Ilmu Tuhan itulah isi Al Quran

Mukjizat yang paling besar bagi Rasul Sohibul Azman

Kekal abadi untuk panduan buat umat akhir zaman

Mengandungi ilmu dunia dan Akhirat

Isi Al Quran kalau hendak dituliskan dengan dakwat kering dakwat dunia

kerana ilmunya dalam

Kalau didatangkan dakwat yang lain pun sebanyak itu masih tidak mampu menulisnya

Kerana ilmu Tuhan itu tidak berkesudahan

Al Quran ada ilmu yang tersurat ada ilmu yang tersirat

Ilmu yang tersurat pun payah hendak faham

Betapalah ilmu yang tersirat lagilah payah hendak difahami

Di dalam yang tersirat ada yang tersirat, tersirat di dalam tersirat

Ilmunya berlapis-lapis, di dalam ilmu ada ilmu

Setiap ulama diberi ilmu mengikut yang Tuhan berikan

Ada yang dapat yang tersurat sahaja, itu pun sebahagian, itu pun sudah ilmuan

Ada yang dapat yang tersurat sedikit, yang tersirat sedikit

Ada yang dapat yang tersirat sebahagiannya

Ada yang dapat lebih yang tersirat, banyaklah ilmu hikmah yang dia dapatkan

Di dalam hikmah ada ilmu hikmah lagi, hikmah di dalam hikmah

Kerana itulah kitab tafsir bermacam-macam coraknya

Ada tafsir tentang hukum-hakam sahaja yang dijelaskan

Ada kitab tafsir yang menghuraikan tentang ilmu tajwid dan qiraat

Ada ulama yang mengarang ilmu sastera dan balaghah

Ada yang menulis tentang sejarah di dalam Al Quran

Ada yang membukukan isi Al Quran tentang ilmu falsafah sahaja

Ada ulama menulis ilmu Al Quran tentang Sains

Tidak kurang ulama yang menulis ilmu dari Al Quran

tentang ilmu bintang dan ilmu planet

Ada di kalangan mereka itu yang menulis sejarah para Rasul sahaja

Ada ulama yang dapat ilmu dari Al Quran tentang ilmu Nahu dan Saraf

Tidak kurang juga yang dapat ilham dari Al Quran tentang ilmu …………….

Ada yang menulis ilmu Faraid sahaja

Tidak kurang juga yang menulis dari Al Quran ilmu Saikologi

Ada yang menulis ilmu masyarakat dari Al Quran

Ada yang dapat inspirasi dari Al Quran ilmu keturunan, ilmu bangsa-bangsa

Begitulah seterusnya ulama  menulis tentang ilmu Al Quran yang mereka perolehi mengikut kemampuan di bidang masing-masing

Kerana itulah kitab tafsir beratus-ratus jenis banyaknya kecil dan besar

Kitab-kitab tafsir itu sudah tidak mampu lagi dibaca oleh umat Islam hari ini

Kebanyakannya bahasa Arab klasik

Susah hendak difaham sekalipun yang berkelulusan universiti Islam seperti Azhar

 

19.10.2004 – 2

Menjelang Asar

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer