Ilmu Tajdid
Ilmu Tajdid
Ilmu atau minda yang benar yang datang dari Tuhan di setiap zaman itu amat tajam
Macamlah senjata moden yang begitu sophisticated di zamannya
Senjata yang sangat moden sangat membunuh musuh-musuhnya di zaman itu
Musuh-musuh amat takut apabila berhadapan dengan senjata itu
Begitulah minda yang tajam di sesuatu zaman dari Tuhan sungguh berkesan
Apabila disebarkan minda itu ia boleh membunuh ilmu yang dahulu
yang telah merosakkan manusia dan fikirannya
Dibunuh oleh ilmu yang baru datang di masa itu
Itulah yang dikatakan ilmu tajdid
Yang punya ilmu adalah mujaddid
Ilmu itu membunuh fikiran-fikiran karut yang sudah ada sebelumnya
dengan minda yang baru
Ilmu itu juga boleh membunuh sikap yang lama yang telah merosakkan fikiran
dan akhlak manusia
Datang ilmu baru membaiki semula sebagai penggantinya
Akhlak-akhlak yang rosak telah dirubah oleh ilmu itu
Dengan akhlak-akhlak yang mulia kerana kedatangan ilmu yang tajam di zamannya
Cara orang berfikir juga dirubah oleh ilmu itu
Fikiran secara lama telah dirubah dengan kedatangan ilmu baru
Orang yang ikhlas apabila ilmu itu tersebar dikutipnya
Mereka gunakan ilmu itu untuk perjuangannya, walaupun pemimpin yang punya ilmu atau dengan pengikut-pengikutnya mereka tidak beremu
Cerdik pandai yang tidak ikhlas kedatangan ilmu baru sangatlah cemburu
Kerana ilmu mereka sudah dibunuh oleh ilmu cerdik pandai yang baru itu
Hasad dengki pun datang, tuduhan-tuduhan melulu pun dilemparkan
untuk menyekat pengaruhnya di zaman itu
Ada juga kerana ilmu baru itu sangat berkesan secara diam-diam musuh gunakan
untuk kepentingannya
Mereka ambil ilmu itu dari orang ketiga supaya orang tidak perasan
Macamlah membeli senjata kerana perlu daripada musuhnya
tapi daripada orang yang ketiga
Begitulah peranan ilmu tajdid atau ilmu pembaharuan
sangat memberi manusia perubahan
Sangat memberi kesan kepada didikan insan
Cepat orang takut dan cintakan Tuhan
Orang pun ghairah mengamalkan syariat Tuhan di dalam kehidupan
Kalau senjata yang canggih membunuh fizik manusia
Tapi ilmu yang canggih membunuh tabiat dan nafsu jahat manusia
Senjata yang canggih banyak membawa kerosakan kepada harta dan jiwa
Tapi ilmu yang canggih sangat membawa kebaikan
kepada insaniah dan kehidupan manusia
19.9.2004 – 1
Menjelang Maghrib
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 1563 reads
Post new comment