warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Ilmu Ketuhanan Bukan Ilmu Akal Tapi Ilmu Rasa







Ilmu Ketuhanan Bukan Ilmu Akal Tapi Ilmu Rasa





Ilmu Ketuhanan Bukan Ilmu Akal Tapi Ilmu Rasa

 

Belajar ilmu hisab atau ilmu kedoktoran tidak terasa bertuhan, tidaklah hairan

Belajar ilmu yang tersebut dan lain-lain ilmu tidak terasa bertuhan

Perkara biasa di setiap zaman

Bahkan adakalanya belajar ilmu sekular

Langsung tidak percaya adanya Tuhan yang Maha Esa

Tapi yang lebih aneh

Orang yang belajar ilmu ketuhanan hingga jadi ulama, tidak rasa bertuhan

Bahkan pakar ilmu tauhid atau ilmu ketuhanan pun tidak bertuhan

Kerana mereka belajar ilmu aqidah dengan akal semata-mata

Sedangkan jiwanya tidak menghayati ilmu itu

Akalnya percaya adanya Tuhan

Jiwanya tidak terasa bertuhan

Di segi ilmu, pakar dengan Tuhan

Di segi jiwa, kosong dari Tuhan

Kerana itulah rasa takutnya dengan Tuhan tidak berlaku atau tidak ada

Syariat Tuhan tidak dijadikan pakaian

Apabila mendapat ujian

Dia tidak dapat kembalikan kepada Tuhan atau tidak merujuk kepada Tuhan

Akibatnya jiwanya menderita

Menerima ujian itu dia tidak tahan

Akhlaknya kasar, tidak melambangkan orang bertuhan

Kehidupannya tidak mempedulikan syariat

Sekalipun boleh memperkatakan Al Quran

Atas alasan ilmu semata-mata

Padahal ilmu ketuhanan hendaklah dirasa oleh jiwa

Ilmu ketuhanan bukan ilmu akal tapi ilmu rasa

Orang yang percaya' Tuhan, hidup macam tidak bertuhan

Orang 'terasa' bertuhan, orang yang takut dengan Tuhan sekalipun ilmunya kurang

Mereka yang rasa bertuhan yang menghormati syariat Tuhan

Kerana rasa bertuhan itu adalah fitrah semulajadi bagi setiap insan

Lantaran itulah rasa bertuhan itu kenalah suburkan di dalam setiap jiwa manusia

Tidak cukup setakat akalnya percaya adanya Tuhan

 

23.10.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer