warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Ikhlas Itu Bukan Pengakuan Lidah Tapi Pengakuan Hati







Ikhlas itu bukan pengakuan lidah tapi pengakuan hati




Ikhlas itu bukan pengakuan lidah tapi pengakuan hati

 

Di dalam pengalaman hidup mencari kawan yang setia susah sekali

Macam susahnya mencari gagak yang putih, mana ada

Begitu juga jiran yang mulia macam keluarga payah dicari

Macam payah diperolehi intan permata untuk dipunyai

Taat setia seorang pengikut kepada pemimpin serupa sahaja

Kerana itulah ramai rakyat yang berpura-pura di hadapan pemimpinnya

Begitulah juga keadilan seorang pemimpin payah dijumpa

Keadilannya hanya tinggal slogan di dalam realitinya tidak ada

Juga yang bertanggungjawab terhadap amanah amat susah

Ramai yang bertanggungjawab terhadap amanah mengambil mudah atau bermudah-mudah

Lebih-lebih lagilah hendak ikhlas di dalam beramal lagi payah

Kerana Allah itu hanya pemanis kata, realitinya tiada

Ikhlas itu bukan pengakuan lidah tapi pengakuan hati

Sedangkan perjalanan hati payah dikesan dan payah dijejaki

Kerana itulah ikhlas itu payah hendak dipasti

Ia adalah rahsia Allah yang Maha Mengetahui perjalanan hati

Pintalah kepada Allah hidayah dan taufik-Nya tentang hati

Agar hati sentiasa ikhlas membuat bakti

 

23.10.2002 4

Malam

 

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer