warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Identiti Ulama Sudah Hilang







Identiti Ulama Sudah Hilang





Identiti Ulama Sudah Hilang

 

Identiti ulama sudah terkorban

Sebenarnya identiti ulama sudah lama hilang

Bukan ada sesiapa mengorbankan, tapi ulama itu sendiri yang korbankan

Hari ini payah hendak kenal mana satu ulama

Identiti mereka sudah sama dengan orang banyak

Di antaranya jubah dan serban mana ada ulama rasmi yang mahupun tidak rasmi

yang  memakainya

Bahkan setengah ulama berat sangat hendak meletakkan kopiah di kepalanya

Padahal tidak ada alas kepala itu fasik hukumnya

Hari ini orang sudah tidak kenal lagi mana kadhi, mana mufti, mana tuan guru

Mereka-mereka itu sudah malu hendak melahirkan identitinya

Kalau adalah satu dua lagi ulama pakai serban atau serban dan jubah

dianggap ketinggalan zaman

Ulama di hari ini lebih suka pakai kot, letak tie di leher tanpa kopiah dianggap maju

Padahal maju itu tidak ada hubungan dengan pakaian

Ramai orang yang pakai kot dan tie tidak ada pun kemajuan yang dicapai

Kerana itulah di hari ini kalau ada ulama pakai serban membawa kemajuan

Yang hasad dengki kepadanya adalah dari para ulama juga

Dituduhlah dengan berbagai-bagai tuduhan kerana hendak menutup kelemahannya

Kerana  itulah orang ramai mana ada hormat lagi dengan ulama dan tuk guru

Dan mana ada lagi ulama yang ada pengikut yang ramai hingga nampak kebesarannya

Kalau adalah seorang yang masih ada identiti dan pengikut yang setia

hasad dengki pun tiba

Dituduhlah dia dengan sesat dan sebagainya

Mereka pun menghasut pihak berkuasa menekan dan menghancurkannya

Dahulu di waktu saya masih kanak-kanak ulama pasti dikenal

Mereka pakai serban dan jubah atau serban, paling tidak kopiah putih di kepalanya

Kalau adalah ulama gondol kepalanya maka menjadi bualanlah orang banyak

Begitulah kalau ulama sudah cinta dunia

Maka bukan kepada Tuhan lagi mereka takut tapi takut dengan manusia

Orang pun tidak hormat, dikatakan maju pun jauh daripada matlamat,

pengikut pun tidak dapat

Malang sekali ulama di hari ini identiti sudah terkorban, kemajuan tidak nampak,

orang pun tidak pedulikan

Lambang Akhirat sudah tidak ada, lambang kemajuan juga tidak ada,

orang ramai pun tidak hormat

Begitulah nasib ulama hari ini yang sudah korbankan prinsip, orang agama  tidak hormat orang dunia pun tidak hormat

Mereka hanyut di dalam gelombang masyarakat dunia

 

13.9.2004 1

Menjelang Zuhur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer