warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Ibu Bapa Role Model Anak Anak







IBU BAPA ROLE MODEL ANAK-ANAK




Ibu Bapa Role Model Anak-anak

 

Kalau ibu dan ayah pada anak-anak, engkau juga guru-guru mereka

Kalaupun engkau tidak memberi ilmu,

sikap dan gerak-geri engkau itulah guru kepada anak-anakmu

Jika engkau boleh memberi ilmu sama di samping teladan itulah yang sebaik-baiknya

Oleh itu engkau ibu dan ayah engkau juga guru, pemimpin buat anak-anakmu

Engkau mestilah menjadi role model untuk anak-anak meniru

Kalau guru-guru di sekolah benar-benar guru

dia menambah lagi didikan untuk anak-anakmu

Jika guru-guru sekolah pun tidak boleh diharap

Kerana guru-guru juga tidak boleh diharapkan menjadi role model kepada anak-anakmu Tapi engkau telah menjadi guru kepada anak-anakmu

Masih ada ruang untuk mereka mempunyai guru

Kalau engkau tidak boleh jadi guru dan guru pula tidak semacam guru

punahlah kehidupan anak-anakmu

Di rumah tidak ada role model, di sekolah pun tidak ada role model,

apa akan jadi kepada anak-anakmu

Mungkin dia berjaya dan cemerlang di dalam pelajaran, tapi dia jadi syaitan atau haiwan

Orang yang terpelajar kalau jadi syaitan atau haiwan

dunia menanggung beban gejala dan masalah

Mudharatnya merata, risikonya besar, umum ditimpa kesusahan

Di waktu itu siapakah yang akan membetulkan?!

Kalau perosak-perosak masyarakat itu orang yang pandai-pandai?!

Aduh dunia menjadi neraka sebelum Neraka

Ibu dan bapa harap ambil peringatan kata-kata ini

Kalau tersalah dan tersilap harap maaf

 

9.11.2002 2

Waktu Dhuha

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer