warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Hilangkan Mazmumah Baru Boleh Bersatu







Hilangkan mazmumah baru boleh bersatu




Hilangkan mazmumah baru boleh bersatu

 

Para pemimpin mengajak orang bersatu

Bercakap di mana-mana dan mengajak di merata-rata

Baguslah itu, moleklah begitu!

Tapi hasad dengkilah yang memecah-belahkan sesama manusia

Mementingkan dirilah yang payah hendak bersatu

Kata-mengatalah yang merobek-robek perpaduan bangsa

Yang lemah teraniaya, yang kuat bermaharajalela

Yang miskin terbiar, yang kaya bermewah-mewah, pemurahnya tiada

Sombong menjadi budaya, ingin dipuji bahkan memang diminta

Kasih sayang gersang, rasa bersama hilang

Bekerjasama terpaksa kerana takut orang kata, atau dipinggirkan orang

Terpaksalah hidup pura-pura akhirnya pura-pura jadi budaya

Untuk mempersatukan umat hilangkan mazmumah-mazmumah tadi lebih dahulu

Carilah punca-puncanya penyakit itu!

Bagaimana membasminya? Formulanya yang mujarab menghilangkannya?!

Orang Tuhan sahaja yang tahu

Selesai itu, bersatu pun berlaku

Siapakah yang hendak membuat kerja-kerja ini?

Harapkan pemimpin pun mereka tidak tahu bahkan buntu!

Bagaimanalah umat hendak bersatu?!

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer