warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Hikmah Ciptaan Tuhan







Hikmah Ciptaan Tuhan




Hikmah Ciptaan Tuhan

 

Tuhan jadikan manusia berbagai-bagai  peringkat ada hikmahnya

Bahkan ada rahmatnya

Ada  yang  kaya, miskin, pandai, bodoh, berpangkat, orang  biasa

Kalau setiap golongan  itu  faham dan boleh menerima hakikat, boleh bekerjasama

Alangkah indahnya dunia

Jika Tuhan jadikan semua manusia satu golongan sahaja

Atau dua tiga golongan manusia sahaja, manusia terseksa

Kerana keperluan hidupan manusia berbagai-bagai macamnya,

makan, minum, makanan, tempat tinggal, kenderaan, pentadbiran, kepimpinan,

pengawal, perhubungan dan lain-lain lagi

Setiap bidang  itu  memerlukan  tenaga manusia menjayakannya

Menyediakan makan minum, tempat tinggal

Munasabahlah  orang  miskin  yang  membuatnya

Pentadbir  adalah orang yang sederhana  kepandaiannya  yang  menjayakannya

Para pemimpin tentulah orang yang bijak pandai yang boleh melakukannya

Menjaga kebersihan, mengawal keselamatan, membawa kenderaan,

tidak perlu orang pandai

Kalau kita lihat di sini satu sama lain perlu-memerlukan

Kerana itulah. Tuhan menjadikan manusia berbagai-bagai golongan

Kerana  sesuai menjayakan bidang-bidang kehidupan

Cuba kita fikir  kalau  semua  orang kaya

Siapa  hendak  menjadi  petani  dan  nelayan

Kalau semua orang  bijak  pandai, siapa  hendak menjadi buruh kasar?

Untuk  kebersihan  pekan dan bandar

Jika semua golongan miskin, siapa pula yang hendak membangunkan ekonomi

bangsa dan negara

Sekiranya semua golongan tidak pandai,

Siapa yang akan jadi pemimpin atau pegawai tadbir?

Apa akan jadi jika tidak ada pemimpin?

Atau tidak ada pegawai tadbir?

Atau apa akan terjadi kepada rakyat  pemimpin yang tidak pandai?

Atau pegawai tadbir yang tidak ada ilmu?

Baru kita faham pentingnya ada berbagai-bagai golongan di dalam masyarakat

Setiap bidang ada orang yang menyelesaikan untuk  keperluan  setiap golongan

Rakyat  makmur semua keperluan hidup ada, kemudahan-kemudahan sedia ada

Kalau  setiap golongan  perlu  ada untuk menunaikan keperluan hidup di semua

Untuk  kepentingan  bersama di dalam  kehidupan

Setiap golongan  perlu-memerlukan  satu  sama lain,

Kalau  kita  faham  hakikat  ini  semua golongan  mulia,  setiap  kelompok  ada jasa

Tapi  kenapa  terjadi di dalam  kehidupan, yang  kaya,

yang  berkuasa, yang  pandai  sombong  dan  bangga,

yang miskin bodoh  dihina,

Golongan  bawahan  hasad  dengki, golongan  atasan  menghina,

Sedangkan  setiap golongan  perlu-memerlukan

Mengapa  terjadi  saperti  yang  dikatakan?

Padahal  setiap  golongan  ada  jasa  kepada  kelompok  yang  lain,

Sebabnya kerana  mereka sudah kehilangan Tuhan,

Takut dengan Tuhan sudah tidak ada,

Cintakan  Tuhan apatah lagi sudah gersang,

Maka otomatik  kasih  sayang   sesama  insan  hilang

Maka terjadilah benci-membenci  satu sama lain padahal perlu-memerlukan

 

22.5.2004

Menjelang Maghrib

              

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer