warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Hikmah Buat Para Pejuang







HIKMAH BUAT PARA PEJUANG




Hikmah Buat Para Pejuang

 

Mengapa perjuangan kebenaran

Seperti yang dibawa oleh para rasul banyak rintangannya

Ujian demi ujian berbagai bentuk sering mendatang

Ujiannya pula besar-besar dan mencabar,

yang kecilnya hanya sampingan

Sudahlah berhadapan dengan ujian demi ujian

Mendapat kemenangan pula setelah perjuangan terlalu panjang

Padahal rasul adalah kekasih Tuhan,

mengapa  pula disusah-susahkan

Kejadian ini ada banyak hikmahnya

Kebanyakan orang tidak boleh faham

Di antara hikmahnya, bahawa kebenaran itu mahal nilainya,

keselamatan dunia Akhirat yang berkekalan

Di Akhirat nikmat yang hendak diberikan nilainya tidak ada tandingannya

Kesusahan di dunia ini terlalu kecil kalau dibandingkan

Hikmah yang berikutnya agar para-para pejuang

sentiasa berpaut dengan Tuhan

Berpaut dengan Tuhan, itulah sifat hamba

yang patut dikekalkan

Hikmah yang lain supaya pejuang-pejuang yang datang tidak boleh kepura-puraan

Kalau tidak ada ujian banyak orang yang tidak ikhlas

datang mengambil peluang

Ujian yang berat itulah

menjadikan orang yang ikhlas kerana Allah sahaja yang berjuang

Hikmah seterusnya agar anggota perjuangan hanya orang pilihan Tuhan

Setelah ada orang pilihan Tuhan

Itulah dia orang Tuhan sekalipun sedikit,

Barulah mereka diberi kemenangan

Setelah ditapis melalui ujian tinggal sedikit baru mendapat kejayaan

Setelah tinggal sedikit dapat kemenangan

Baru terasa kuasa dan kebesaran Tuhan

Dunia akan terkejut

golongan yang sedikit diberi kemenangan

Tentulah di belakangnya adalah Tuhan

Tuhan hendak memberi kemenangan

Menunggu pejuang-pejuang yang bertaqwa

Sekalipun sedikit orangnya

Ini adalah pengajaran buat umat Islam

yang berjuang sepanjang zaman

 

13.11.2002 - 2

Waktu Dhuha

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer