warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Hidup Insan Yang Malang







Hidup Insan Yang Malang




Hidup Insan Yang Malang

 

Alangkah malangnya seseorang itu diberi masa

Itulah umurnya

Tapi di dalam sepanjang masa itulah dia lalai

Membuang-buang masa tidak keruan dan tidak tentu hala

Alangkah malangnya Tuhan memberi harta pada seseorang

Hartanya dibazirkan .....

Digunakan pada perkara yang sia-sia

Dia makan seorang, orang lain tidak dapat merasa

Kerana bakhilnya

Mati hartanya tidak dibawa

Bahkan akan menjadi bala

Kerana di Akhirat kelak semua harta kepunyaannya dihisab

Neraka ......... menunggunya

Alangkah ruginya orang yang berilmu

Ilmunya hanya untuk mencari kekayaan dan nama

Untuk diucap dan dicakapkan

Bukan untuk diamalkan

Kalaupun diamalkan hanya sedikit sahaja

Dia akan dicampakkan di dalam Neraka

Lebih dahulu atau lebih awal daripada orang lain yang berdosa

Alangkah ruginya orang yang miskin yang sombong

Tidak sabar dengan ujian

Derhaka dengan Tuhan kerana terlalu memikirkan kesusahan dirinya

Di dunia sudahlah papa, di Akhirat Neraka pula

 

8.8.2001

Menjelang Tidur 2

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer