warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Hidayah Dan Taufik Adalah Hak Tuhan







Hidayah Dan Taufik Adalah Hak Tuhan




Hidayah Dan Taufik Adalah Hak Tuhan

 

Setiap manusia boleh berusaha

Usaha tidak memberi bekas

Ia hanya diperintah oleh Allah Taala

Tapi hidayah dan taufik adalah hak Tuhan

Ia adalah sangat berharga dan mahal

Ia adalah rahsia Tuhan, Dia memberi kepada sesiapa yang Dia suka

Hasil usaha manusia dia jadi pandai

Tapi hidayah dan taufik tidak mesti dia dapat

Sekalipun hafaz Al Quran, Hadis di luar kepala

Tidak semestinya dia dapat hidayah dan taufik dari Tuhan

Menjadi orang alim boleh, tapi hidayah dan taufik hak Tuhan

Ertinya orang alim pun belum tentu ilmunya menjadi panduan

Siapa pun boleh menceritakan Islam

Tapi Islam itu tidak mesti menjadi pakaiannya

Kerana hidayah dan taufik itu tidak mesti didapati oleh orang yang boleh menceritakan

Beberapa banyak para motivator Islam

Hanya ia sebagai saluran mencari makan

Namun tukang cakap tidak mesti mengamalkan

Pensyarah Islam tidak semestinya dia Muslim

Orang Islam pun tidak mesti mengamalkan Islam

Memanglah hidayah dan taufik itu sangat mahal

Penentu kebahagiaan manusia di dunia dan Akhirat

Ia adalah hak Tuhan

Ia adalah rahsia Tuhan kepada sesiapa sahaja boleh Dia berikan

Oleh itu pinta hidayah dan taufik selalu kepada Tuhan

Kerana ia adalah aset yang paling berharga untuk keselamatan insan  

 

28.8.2001

Menjelang Tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer