warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Hati Yang Celik Dan Hati Yang Buta







Hati Yang Celik Dan Hati Yang Buta





Hati Yang Celik Dan Hati Yang Buta

 

Hati seseorang yang celik, perasaannya tajam

Kerana tajamnya dia sangat halus perasaannya

Halus perasaannya itu kerana rasa bertuhannya sangat tajam

Rasa bertuhannya dia bawa ke mana-mana

Kerana Tuhannya itu ada di mana-mana tapi bukan di sini, bukan di sana

Hati yang celik, hati yang sentiasa jaga

Tuhan sentiasa di dalam ingatannya

Kalaupun ada lalainya sedikit sahaja

Apabila rasa bertuhannya tajam di dalam hatinya

Dia sentiasa malu membuat dosa

Sangat sensitif dengan kebaikan

Kebesaran Tuhan dapat dirasa setiap masa

Kehebatan-Nya menjadikan kecut dan takut hatinya

Kuasa Tuhan menggerunkannya

Dia sedar kuasa Tuhan tidak ada batasnya

Kerana Tuhan boleh membuat apa sahaja kepadanya bila-bila masa

Hati yang celik terasa dilihat oleh Tuhan di mana sahaja

Pada Tuhan tidak ada apa yang melindungi-Nya

Sentiasa terasa didengar, sentiasa diketahui oleh-Nya di setiap detik dan masa

Hati yang jaga sentiasa khudhuk dan khusyuk kepada Tuhannya

Menjadikan tawadhuk, hingga kebesaran dan kesombongan diri hilang lenyap dibuatnya

Hati yang hidup apabila membuat dosa derita jiwanya

Dia pun menyesal dan bertaubat kepada Tuhannya dengan segera

Hati yang celik sangat tersentuh apabila Tuhan disebut nama-Nya

Gerun hatinya, kecut perutnya

Apabila melihat orang susah rasa simpatinya

Sedih pun tiba, bantuan pun diberi kepadanya

Sangat berkasih sayang sesama manusia

Apatah lagi yang Muslimnya

Hati yang hidup Akhirat sentiasa di dalam ingatannya

Dia susah hati bagaimana nasibnya di sana

Apakah dia ke Syurga atau ke Neraka

Menjadikan hatinya hilang rasa cintakan dunia

Kerana itulah dia pun mengorbankan harta dan kesenangannya untuk Tuhannya

Begitulah sifat hati yang hidup atau yang jaga

Apakah hati kita jaga atau buta?

Jawapannya ada pada kita

 

7.8.2002

10.30 malam

 

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer