warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Hati Yang Celik







Hati Yang Celik




Hati Yang Celik

 

Kalau bukan kerana-Mu Tuhan

Tidak mungkin aku wujud di dunia ini

Kalau bukan rezeki-Mu Tuhan

Tidak mungkin aku boleh makan dan minum di dunia ini

Aku boleh hidup kerana nafas turun naik, Engkaulah yang menganugerahkannya

Begitu besar ertinya nafas kepada manusia dan aku

Jika Engkau tarik nikmat nafas matilah manusia dan aku serta-merta

Nafas sahaja pun tidak boleh dinilai dengan mata benda

Ia penentu hidup mati manusia dan aku

Betapalah nikmat yang Engkau anugerahkan lebih banyak dari itu

Bagaimana boleh manusia dan aku melupakan Engkau

Siapa yang boleh melupakan Tuhannya

Sungguh kejam dan zalim manusia itu

Tidak ada yang lebih zalim selain orang yang melupakan Tuhannya

Rupanya manusia ini dengan mata sahaja belum menjamin dia bersyukur

Juga dengan akal manusia belum tentu dia boleh berterima kasih kepada Tuhannya

Melainkan hatinya yang celik yang boleh merasa segala nikmat itu adalah dari Khaliknya

Jadi orang yang memuja Tuhannya bukan kerana mata dan akalnya

Tapi kerana hatinya yang jaga itulah yang mengingat Tuhannya

Jiwanya yang celiklah dia memuja dan membesarkan penciptanya

Jiwa yang celik adalah jiwa yang sentiasa rasa bertuhan

Bila rasa bertuhan ada maka rasa kehambaan pun tajam

Jadi dari rasa bertuhanlah membuahkan rasa kehambaan

 

Menjelang tidur

14.11.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer