warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Hari Pembalasan







Hari Pembalasan





Hari Pembalasan

 

Bersiaplah di suatu hari, setiap orang memikirkan diri

Tidak ada pembela, masing-masing menjadi peguambela dirinya

Setiap saksi-saksi sama ada baik mahupun buruk adalah anggota-anggota dirinya

Di waktu itu mulut dikunci

Mata, tangan, kaki akan bercerita

Tidak ada yang tercicir, tidak ada yang tersorok

Semua dibongkar sekalipun sebesar habuk

Di waktu di dunia semua perbuatan, percakapan dan gerakan hati dirakamkan

Difailkan setiap catatan

Di waktu bicara di sana di hadapan Rabbul Jalil didedahkan semua

Kerja-kerja kita yang dilupakan teringat semula

Ditayang segala-galanya di tv Tuhan di hadapan kita

Ke mana hendak lari?!

Tidak ada tempat menyorok

Setiap orang menghisab amalan baik dan buruknya

Selepas itu Allah Taala hakim yang Maha Adil membuat keputusan

Ada yang ke Syurga ada yang ke Neraka

Setiap orang berpuas hati

Sekalipun yang dipenjara di Neraka

 

2.11.98

Selepas Asar

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer