warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Hakikatnya Aku Tidak Ada Apa Apa







Hakikatnya aku tidak ada apa-apa




Hakikatnya Aku Tidak Ada Apa-apa

 

Tidak ada apa pun yang ada padaku

Engkau suruh aku beribadah, aku pun beribadah

Aku pun beribadah,  kemahuanku beribadah adalah kemahuan-Mu

Aku berusaha dan bertenaga ke arah itu semuanya qudrat dan kehendak-Mu

Engkau suruh aku membuat kebaikan

Setakat yang termampu aku membuatnya

Aku membuat setakat yang termampu adalah juga kehendak dan takdir dari-Mu

Tidak ada pun campur tanganku

Segala-galanya dari-Mu, terima kasih Tuhan

Aku patut bersyukur kepada-Mu

Engkau larang aku membuat maksiat

Sejauh yang termampu aku menjauhinya

Gerakan hatiku hendak meninggalkannya bukankah taqdir dari-Mu,

Engkau yang menggerakkan

Setakat  yang termampu bukankah juga qadha dan qadar-Mu

Hakikatnya aku tidak ada usaha sekalipun sebesar habuk

Walaupun berusaha itu suruhan-Mu

Kalau begitu kalau ada pun sedikit kebaikan yang aku buat aku tidak boleh berbangga

Sepatutnya aku bersyukur kepada-Mu

Jika kejahatan yang aku buat walaupun hakikatnya dari Engkau juga

Sebagai beradab biarlah aku mengaku bersalah,

memang hamba sifatnya bersalah

Engkau sebenarnya tidak menzalim,

Maha Suci Engkau

Mesti ada hikmah yang tersembunyi yang aku tidak tahu

Aku baik sangka dengan-Mu

Mungkin juga selepas berdosa aku memohon ampun kepada-Mu

Itulah yang Engkau mahu

Aku pun memohon ampun, Engkau pun mengampunkan aku

 

27.8.2003 1

Menjelang Maghrib

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer