warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Gunakanlah Akal Untuk Mengenal Tuhan







Gunakanlah Akal Untuk Mengenal Tuhan




Gunakanlah Akal Untuk Mengenal Tuhan

 

Gunakanlah akal untuk mengenal Tuhan dan juga memikirkan kebesaran-Nya, keagungan dan kekuasaan-Nya

Agar ia dicintai dan ditakuti setiap masa

Gunakanlah akal untuk mengetahui syariat dan hukum-hakam-Nya

Kerana syariat dan hukum-hakam-Nya itu adalah jalan kepada Tuhan

Kalaupun kita telah mengetahui dengan akal akan ilmu-ilmu dunia selain ilmu ketuhanan dan syariat-Nya

Fikirkan pula bagaimana ilmu itu untuk dijadikan alat untuk membangunkan syariat Tuhan

Begitu juga selaraskan kehendak nafsu dengan kehendak Tuhan

Agar kehendak Tuhan dengan kehendak nafsu selari dan sejalan

Supaya nafsu tidak lagi dijadikan tunggangan atau highway syaitan

Selarinya kehendak Tuhan dan nafsu di situlah ketenangan dan kebahagiaan

Seterusnya jadikanlah hati untuk Tuhan

Jangan jadikan hati untuk selain-Nya

Seperti, jadikan hati selalu mengingati-Nya

Suburkan hati rasa bertuhan setiap masa

Agar rasa kehambaan kepada Tuhan bertambah tajam

Apabila hati rasa kehambaan bertambah subur

Cinta dan takut dengan Tuhan bertambah mendalam

Cintakan Tuhan itu amat patut

Kerana Dia adalah sumber segala kebaikan

Takut dengan Tuhan juga patut

Kerana kita adalah hamba ciptaan-Nya

Bila-bila masa sahaja Tuhan boleh melakukan apa sahaja kepada kita

 

19 Muharam 1421 H,

Selepas Asar

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer