warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Golongan Yang Mencorak Dunia







Golongan Yang Mencorak Dunia





Golongan Yang Mencorak Dunia

 

Orang-orang politiklah yang berkuasa di dunia di setiap negara

Kalau mereka fikirannya bercelaru, jiwa mereka kotor, nafsu mereka rakus

huru-haralah manusia, menjadi bencanalah dunia

Orang politik kalau sudah jahat ahli-ahli korporat dan orang kayalah

menggunakan mereka

Mengumpan atau merasuah orang politik untuk mendapatkan projek-projek

sekalipun merugikan rakyat dan negara

Orang ekonomi tujuannya semata-mata mencari untung,

sekalipun merosakkan kehidupan rakyat

Para ulama pula hendak hidup berekonomi tidak pandai,

mengampu-ampu pula ahli politik dan ekonomi untuk hidup

Ketegasannya menghukum tidak ada kerana kepentingan hidup

Takut dengan Tuhan sudah tercabut daripada lubuk hati mereka kerana cintakan dunia

Akibatnya semua sistem sudah tidak boleh lagi berjalan betul

Sekalipun sistem itu baik apatah lagi kalau sistem itu juga telah rosak

Sudahlah sistem yang rosak, dirosakkan lagi oleh kepentingan tiga golongan yang disebut

Maka kerosakan pun berlaku secara umum di dalam masyarakat

Payung atau naungan sudah bujur, hingga masyarakat tidak berfungsi, obor telah padam

Tidak ada naungan rakyat terbiar tanpa perlindungan

Bank masyarakat tidak berfungsi, masyarakat miskin tidak ada pertolongan

Obor kalau sudah padam hidup di dalam kegelapan

Sungguh dahsyat dan mengerikan rakyat perlindungan tidak ada, keperluan hidup mereka terbiar, hidup tidak ada pimpinan

Itulah dia kiasan kehidupan sekarang ini

Rakyat tidak ada pimpinan, tidak ada panduan  dan didikan, tidak ada pembelaan

Di dalam keadaan terbiar rakyat hidup nafsi-nafsi

Masing-masing membawa diri, ikut perasaan sendiri

Yang penting boleh hidup, cara apa hidup tidak peduli

Maka berlakulah perlanggaran sesama sendiri, accident di mana-mana

Accident selalu berlaku huru-hara makin terjadi

Akibatnya semua golongan di dalam ketakutan dan terseksa

Ke mana sahaja pergi bimbang sahaja, prejudis sesama manusia

Penyakit masyarakat telah menjadi kronik

Semua golongan hilang ketenangan dan kebahagiaan akibat dosa bersama

 

10.7.2004 1

Menjelang Zuhur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer