Golongan Yang Membuat Jasa
Golongan Yang Membuat Jasa
Di dalam kehidupan manusia golongan yang ramailah yang banyak membuat jasa
Tapi golongan yang ramai jugalah yang miskin dan papa
Yang di maksudkan golongan buruh yang berbagai-bagai bidangnyalah yang telah membuat jasa dan menyiapkan keperluan manusia
Beras, gandum, buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain lagi jasa petani
Makanan, minuman, pakaian yang berbagai-bagai jenis dari keringat buruh-buruh kilang
Kenderaan yang berbagai-bagai jenis dari jasa buruh-buruh kasar dan mahir yang membanting tulang
Tempat tinggal kecil dan besar hasil jasa buruh yang berbagai-bagai bidang
Jalan raya dan kemudahna-kemudahan perhubungan, serta keselesaan hidup juga adalah jasa mereka yang tidak terbilang
Tapi kasihan kebanyakan mereka miskin, papa-kedana, terseksa dan melaratlebih malang lagi mereka tidak pun dipeduli orang
Orang besar, orang kaya, yang berkuasa lagilah tidak mempedulikan mereka
Padahal segala kemewahan hidup mereka buruh-buruhlah yang menyediakan
Yang menyedihkan di waktu buruh itu tua atau sakit, kehidupan mereka lagilah perit
Tidak ada siapa yang menolong, tidak ada siapa yang membela
1.5.2003 – 1
Selepas Asar
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 893 reads
Post new comment