warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Golongan Yang Banyak Berjasa







Golongan yang banyak berjasa




Golongan Yang Banyak Berjasa

 

Di dalam kehidupan manusia golongan yang ramailah yang banyak membuat jasa

Tapi golongan yang ramai jugalah yang miskin dan papa

Yang  dimaksudkan golongan buruh yang berbagai-bagai bidangnyalah yang telah membuat jasa dan menyiapkan keperluan manusia

Beras, gandum, buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain lagi jasa petani

Makanan, minuman, pakaian yang berbagai-bagai jenis dari keringat buruh-buruh kilang

Kenderaan yang berbagai-bagai jenis dari jasa buruh-buruh kasar dan mahir

yang membanting tulang

Tempat tinggal kecil dan besar hasil jasa buruh yang berbagai-bagai bidang

Jalan raya dan kemudahan-kemudahan perhubungan, serta keselesaan hidup

juga adalah jasa mereka yang tidak terbilang

Tapi kasihan kebanyakan mereka miskin, papa-kedana, terseksa dan melarat

lebih malang lagi mereka tidak pun dipeduli orang

Orang besar, orang kaya, yang berkuasa lagilah tidak mempedulikan mereka

Padahal segala kemewahan hidup mereka buruh-buruhlah yang menyediakan

Yang menyedihkan di waktu buruh itu tua atau sakit,

kehidupan mereka lagilah perit

Tidak ada siapa yang menolong, tidak ada siapa yang membela  

 

1.5.2003 1

Selepas Asar

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer