warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Gelaran Wira Di Akhir Zaman







Gelaran Wira Di Akhir Zaman 





Gelaran Wira Di Akhir Zaman

 

Di akhir zaman ini orang mudah mendapat gelaran tokoh dan wira

Setidak-tidaknya ingin terkenal, masyhur dan glamor

Yang memberi gelaran wira pun sama sahaja cara berfikirnya

Oleh itu mudahlah yang bukan wira mendapat gelaran wira

Wira yang sebenarnya terlindung oleh istilah wira dan tanggapan wira

yang memberi gelaran wira

Ada  wira dakwah sekalipun di tangannya orang tidak berubah

dan belum seorang pun di tangannya mengucap syahadah

Mungkin kerana hanya ada jawatan agama, pandai pula mengambil hati tuannya

Ada wira membuat perkara-perkara pelik seperti memanjat gunung

dan menyeberang lautan samudera

Ada wira pandai menjaga anak-anak hingga ramai yang berjaya di dalam pelajaran sekalipun tidak kenal Tuhan dan tidak menyembah-Nya

Ada wira berlumba kereta

Ada wira olahraga demi mengharumkan negara

Wira-wira yang tersebut di atas semuanya terluar daripada istilah Rasulullah

Istilah Rasulullah tentang wira sudah dilupa dan tidak digunapakai

Mungkin setengah orang menganggap istilah Rasulullah itu sudah ketinggalan zaman

 

18.7.2004 1

Menjelang Maghrib

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer