warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Gejala Yang Merbahaya







Gejala Yang Merbahaya





Gejala Yang Merbahaya

 

Gejala masyarakat yang dilakukan oleh pemuda-pemudi

riuh-rendah orang memperkatakannya

Pelajar-pelajar melawan guru, gangsterism di sekolah semua pihak tidak suka

Golongan yang menyalahgunakan dadah semua orang pening kepala

dan amat bimbang dengan mereka

Kerajaan memperkatakannya, swasta memperkatakannya, masyarakat memperkatakannya

Padahal puak-puak ini tidak berkuasa dan tidak mengatur negara

Rakyat bukan di dalam pentadbiran mereka

Mereka bukan pemimpin untuk menentukan nasib rakyat jelata

Tapi ada gejala yang dahsyat yang negara di tangannya, nasib warga diurus mereka  menentukannya tidak ada yang bimbang dan curiga

Gejala golongan ini amat merbahaya, rakyat huru-hara, maruah negara ternoda, agama terhina, gejala masyarakat berganda-ganda

Siapakah mereka? Itulah dia orang politik yang sibuk hendak berkuasa dan yang berkuasa

Mereka bertelagah dan berbalah sesama parti yang ada di dalam negara

Kata-mengata, fitnah-menfitnah, malu-memalukan, hina-menghina

Perbuatan itu tidak lain tidak bukan adalah kerana hendak berkuasa

Rakyat yang memilih atau menyokong mana-mana parti berpecah-belah,

bermusuhan dengan satu parti lagi

Tidak bertegur sapa, bermasam-masam muka, tidak ada bertolong bantu dan bekerjasama

Sudahlah begitu sesama satu parti pun berbalah, khianat-mengkhianati,

jatuh-menjatuhkan kerana hendak jadi pemimpin negara

Di dalam keadaan begitu rasuah berleluasa, ahli-ahli biasa menjadi permainan pemimpin yang ingin berkuasa

Pecah-belah pula di dalam setiap parti

Di dalam satu parti ada kawan, ada lawan, ada orang kita ada orang depa

Setelah mereka berkuasa lupa janjinya, lupa kata-kata untuk dikota

terbiarlah rakyat jelata

Apabila rakyat tidak taat, tidak hormat mereka menuduh rakyat  jahat

Dianggap rakyat hendak menimbulkan huru-hara, hendak menggugat keselamatan negara

Mana puak yang sangat berpengaruh pemimpin-pemimpin mereka ditangkap

di bawah akta ISA

Mereka dianggap pengacau negara dan menggugat keselamatan negara, ia bahagia

Teraniayalah mereka akibat politik kotor maka polis yang bersusah payah

bertindak terpaksa

Mereka sebenarnya faham siapa sebenarnya yang benar siapa sebenar yang salah

Kerana tugas mereka terpaksa bertindak di dalam keadaan jiwa yang derita

Menangkap orang yang tidak bersalah, oleh angkara  tangan ahli politik

yang membuat gejala

Selagi gejala orang politik masih ada, maka gejala muda-mudi tidak akan reda

Gejala masyarakat ada hubungannya dengan gejala negara

Kejahatan masyarakat tidak terlepas daripada kejahatan yang berkuasa

Masalah inilah yang ramai masih tidak dapat memahaminya

Gejala yang dilakukan oleh muda-mudi dapat dilihat,

yang dilakukan oleh orang politik tersirat

 

14.7.2004 1

Selepas Subuh

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer