warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Gejala Masyarakat Makin Parah







Gejala Masyarakat Makin Parah




Gejala Masyarakat Makin Parah

 

Gejala-gejala masyarakat makin lama makin parah

Makin dibuat peraturan dan undang-undang makin terserlah

Dia berlaku macam air

Mula-mula titis-titis air kemudian berkumpul menjadi bah

Bah gejala ini, sekarang telah bertambah-tambah

Dari sehari ke sehari dia makin bertambah dan melimpah

Air gejala tidak sihat ini telah melimpah ruah meredah

Dia meredah di mana-mana, melanda apa sahaja

Memusnah taman yang indah

Empang di sana, empang di sini, semua empang pecah

Bendung di sana, bendung di sini, semuanya bolong

Sekat merata tempat, tembok merata jalan, pun rebah

Dihalang dengan benteng yang kuat, pun telus dan tembus ke sebelah

Macam-macam pakar jurubina membuat empangan

Berbagai-bagai kemahiran architecture membuat benteng sekatan

Semuanya belum memberi kesan

Kita tunggulah jurubina-jurubina yang pakar mampu membuat empang

Kita nantilah pakar-pakar architecture membuat halangan

Moga-moga gejala masyarakat yang telah banjir itu tersekat dan terhalang

 

Selepas Asar

19.5.97 (11 Muharram 1418)

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer