warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Fungsi Orang Miskin Dan Kaya







Fungsi Orang Miskin Dan Kaya




Fungsi Orang Miskin Dan Kaya

 

Di dalam masyarakat manusia Allah Taala jadikan satu sama lain tidak sama

Di antaranya adanya miskin dan kaya ada hikmahnya

Miskin walaupun tidak diminta, ia diperlukan

Kaya juga di dalam masyarakat lebih-lebih lagi

Adanya miskin dan kaya satu keindahan

Di situ ada kerjasama dan perlu-memerlukan

Kalau semua orang kaya, kaya yang tidak mempunyai apa-apa

Kerana banyak keperluan hidup yang orang kaya tidak mampu menyediakan, tiada siapa yang mengadakan

Ertinya akan terjadi kaya yang menyusahkan

Lebih-lebih semuanya miskin, lagi menyusahkan dan menyulitkan

Adanya fakir miskin membolehkan si kaya membela, dapat pahala

Timbul kasih sayang dari bantuannya

Fakir miskin mendapat hiburan dari pembelaan

Terjalinlah di antara orang kaya dan orang miskin jalinan persaudaraan

Persaudaraan tidak ada manusia yang menolaknya

Fitrah manusia semuanya sama, persaudaraan diperlukan

Bukankah indahnya adanya miskin dan kaya

Bilamana setiap orang itu berfungsi mengikut kedudukannya

Lahirlah buahan ukhwah dan perpaduan

Memang semua orang sangat memerlukan

Kalau begitu apalah yang menjadi masalah dengan kemiskinannya?

Tidak ada masalah, kerana masalah itu membawa kebaikan

Melainkan setelah manusia rosak jiwanya

Si miskin tiada sabarnya, si kaya tidak mahu membela

Maka lahirlah dua puak yang begitu jauh jurangnya

Satu sama lain sentiasa bermusuh-musuhan

Akibatnya kedua-dua puak mendapat kesusahan

 

Selepas ekspedisi

11.9.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer