warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Fungsi Masjid Dirosakkan







Fungsi Masjid Dirosakkan




Fungsi Masjid Dirosakkan

 

Masjid rumah Tuhan

Sudah dirosakkan orang fungsinya

Masjid bukan lagi lambang ketaqwaan

Tapi ia telah dijadikan rebutan untuk sesetengah orang dapat kuasa

Dapat kuasa masjid seolah-olah dapat nama dan glamour

Bahkan masjid tempat setengah orang mencari makan

Lumrah berlaku masjid dikuasai oleh orang yang berpura-pura beragama

Yang sebenar, untuk menyekat agama yang tulen agar jangan mendapat tempat

Pakaian mereka kadang-kadang orang awam terkeliru dibuatnya

Pakaiannya adalah pakaian ahli agama

Tapi hati dan jiwanya penuh dengan sifat kesyaitanan dan kehaiwanan

Ibarat musang berbulu ayam

Untuk menyesat orang ramai yang sudah jahil tentang agamanya

Orang-orang yang baik tidak dapat tempat di dalam masjid

Bahkan mereka tersisih dari masjid

Adakalanya mereka malas datang ke masjid

Kerana tidak sanggup melihat masjid yang sudah dirosakkan orang fungsinya

Orang-orang munafik yang berkuasa, berpura-pura menjadi orang soleh

Yang sebenarnya kebanyakan mereka mencari makan di dalam masjid

Atau untuk menguasainya agar jangan sampai orang yang membawa kebenaran mengimarahkan masjid

Menyedarkan orang ramai di dalam mimbar

Kerana itulah orang-orang jahat itu menjadikan masjid kubu pertahanannya

Agar kebenaran yang tulen tidak dapat lagi terpancar dari mimbar

Yang akan membawa cahaya kebenaran ke tengah masyarakat

Kerana orang-orang munafik ini takut kalau orang ramai sedar dari masjid

Mereka akan disisihkan dan ditolak oleh masyarakat

 

Menjelang tidur

17.12.99 (9 Ramadhan)

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer