warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Fitrah Manusia







FITRAH MANUSIA




Fitrah Manusia

 

Di zaman yang serba maju, di masa terbukanya ilmu di pelbagai bidang

Kejayaan manusia luar biasa, ada ilmu,

ada jawatan tinggi, ada pendapatan yang lumayan

Kerana sangat bergantung dengan faktor-faktor tadi

Kasih sayang sesama manusia hilang

Perhubungan dengan sesama manusia renggang

Perhubungan sesama mereka hanya di masa masa rasmi sahaja

maka hidup nafsi-nafsi pun berlaku jadi budaya

Side effectnya yang negatif terjadi banyak sekali

Tempat mengadu sudah tiada,

susah tanggung sendiri-sendiri

Akibatnya ramai anak dara tua

atau dipanggil andartu tidak kahwin

Sekarang ini antara umur 30-40 tahun belum berpunya

Bukan tidak hendak berkahwin,

kahwin itu kan fitrah semulajadi

Siapa tidak mahu, laki-laki perempuan perlu-memerlu satu sama lain

Kalau tidak ada suami atau isteri satu kekurangan yang amat cacat

Lebih-lebih lagi ia sangat mencabar keimanan kita

Tapi siapa hendak mengurusnya?

Takkan perempuan urus sendiri

Orang lain hidup nafsi-nafsi, jaga diri,

orang lain apa peduli

Akibatnya jadi anak dara terlajak atau bujang terlajak

Yang tidak kuat iman dia ada jalan sendiri

sekalipun tidak kahwin

Yang kuat iman boleh bertahan mampu jaga diri

Tapi tetap ganjil perempuan keseorangan tidak bersuami

 

12.11.2002 / 6 Ramadhan 1423H 1

Waktu Dhuha

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer