warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Fahaman Individualism Sangat Merbahaya.







Fahaman Individualism sangat merbahaya.




Fahaman Individualism sangat merbahaya.

 

Faham individualism  sangat bahaya

Jika hidup  kepentingan diri menjadi  budaya

Orang yang berfaham begini  berkawan tidak akan setia apabila ada kepentingannya

Dia boleh tikam  kawan seiring  di dalam perjuangannya

Orang yang berfaham individualism tidak boleh dipercayai

Kerana kepentingan diri keluarga boleh dikhianati

Yang penting dia berjaya

Kalau dia berfaham Nasionalism dia boleh khianat dengan bangsanya

Jika dia ada berpegang dengan sesuatu ideologi  dia boleh korbankan ideologinya

Sekiranya dia beragama dia boleh jual agamanya  kerana kepentingannya

Orang  yang individualistik ini dia berjuang dengan sesuatu  faham

Bukan dia hendak memperjuangkan fahamannya

tapi hendak  mengalatkan  perjuangan itu untuk kepentingannya

Orang yang tidak prihatin payah hendak dapat mengesannya

Kecuali orang yang halus perhatiannya

Orang ini sangat licik dan bijaksana

Dia pandai buat-buat sibuk di dalam perjuangan

Tapi bukan untuk cita-cita perjuangan

Ada tujuan peribadi di dalam perjuangan

Sikapnya  macam orang munafik, hidup pura-pura budayanya

Di dalam satu perjuangan dia boleh bekerjasama secara senyap-senyap

dengan musuh-musuhnya

Faham individualism  ini memang  sangat bahayanya

Ia adalah ular di dalam selimut  yang bahaya yang bila-bila masa dia boleh mematuknya

Kalaulah ramai orang berfaham  begini  di dalam satu jemaah

Akibatnya  peribadi  kaya tapi jemaahnya  papa-kedana

Di akhir zaman ini  banyak berlaku di dalam apapun perjuangan

Individunya  kaya partinya  tidak ada apa-apa  sekalipun partinya  berkuasa

 

 27.5.2004 - 2

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer