warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Faham Individulaism







Faham Individulaism




Faham Individulaism

 

Ramai lagi umat Islam yang masih beribadah terutama sembahyang,

berpuasa Ramadhan, membayar zakat, mengerjakan umrah dan haji tidak ketinggalan,

tapi fikirannya, ideologinya atau ismnya ciptaan insan,

Islamnya hanya ibadah, fikirannya tidak Islam,

Islam yang diamalkan tidak lagi syumul atau global

Islamnya ibadah, fikirannya  kebudayaan yang merosakkan

Ibadah tidak ditinggalkan tapi fikiran seni dan sasteranya

yang tidak keruan dan khayalan,

Bukan berlandaskan ketuhanan dan keislaman mengikut Al Quran dan As Sunnah

Ibadahnya dibuat, fikirannya, ekonominya berdasarkan kapitalism yang merosakkan

Ibadahnya boleh tahan tapi perjuangannya berdasarkan ideologi dan pragmatism

Tuhan ditinggalkan, Islamnya tidak global bahkan tidak menentu haluan

Setengahnya ibadahnya agak baik tapi menyampaikan ajaran Islam untuk cari makan,

Mereka menyangka mereka telah memperjuangkan Islam di dalam kehidupan

Ibadahnya tidak dicuaikan, tapi menyampaikan  ajaran Islam untuk nama dan glamour

Islam bukan ibadah sahaja, ia semua aspek  kehidupan, ibadah umum namanya

Kerana itulah di seluruh dunia, corak kehidupan umat Islam

berbelang-belang dan berbagai-bagai ragam,

Di sudut ibadah Islam, di sudut-sudut lain berbagai-bagai corak yang dipinjam

Ada corak kapitalis, ada corak sosialis, ada corak nasionalis dan bercorak pragmatism,

Tuhan sudah ditinggalkan, atau Tuhan sudah tidak ada di dalam kehidupan,

Seolah-olah Tuhan sudah tidak ada  berperanan

Begitulah umat Islam hari ini ajaran dari luar ciptaan akal dan nafsu

bercampur-baur dengan Islam,

Siapa yang membawa Islam syumul atau global  dipandang serong

Orang yang hasad dengki untuk menjatuhkan menuduh sesat

 

21.5.2004 - 2

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer