warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Erti Qadha Dan Qadar Tuhan







Erti Qadha dan Qadar Tuhan




Erti Qadha dan Qadar Tuhan

 

Qadha dan qadar adalah   salah satu daripada rukun iman

Ia bukan hendak dibahaskan macam mana hendak dilogikkan, tidak akan boleh difaham

Ia diminta dipercaya dan diyakinkan menjadi pegangan

Setiap usaha, perbuatan dan tindakan kita hasilnya sudah ditentukan oleh qadha dan qadar Tuhan

Usaha, perbuatan dan tindakan itu pun tertakluk dengan qadha dan qadar Tuhan sekelian alam

Berjuang dan berusahalah bersungguh-sungguh ia adalah syariat yang diperintahkan

Usaha jangan disukat dengan qadha dan qadar Tuhan  mana kita diberi pengetahuan

Ketika berusaha kenalah bersungguh-sungguh kerana kita tidak tahu qadha dan qadar Tuhan yang akan diberikan

Pahala yang Tuhan anugerahkan banyak dan sedikit diberi berdasarkan kesusahan dan keikhlasan itu juga qadha dan qadar Tuhan

Hasil yang diperolehi di dunia terpulanglah kepada Tuhan

mengikut qadha dan qadar Tuhan

Tuhan boleh bagi hasilan yang banyak sekalipun usahanya sedikit yang dilakukan

Juga Tuhan boleh beri hasilnya sedikit sahaja

sedangkan usahanya banyak dan meletihkan

Tuhan juga boleh memberi hasilnya kerja dengan pendapatan

sekadar sepadan dengan kepayahan dan kesungguhan

Bahkan Tuhan boleh lakukan juga dengan qadha dan qadar-Nya

iaitu adakalanya tanpa usaha tapi hasilnya lumayan

Tapi di dalam pengalaman hasil yang banyak kerana adanya usaha yang berlebihan

dan kesungguhan

Ada lagi rahsia yang tersembunyi usaha itu atas dasar taqwa atau dasar quwwah

halal atau haram dibenarkan atau dilarang Tuhan

Kalau usaha itu atas dasar taqwa Tuhan jayakan

ia selamat dan menyelamatkan serta tenang

Jika usaha itu atas dasar quwwah dan tidak fikir halal dan haram

kalau Tuhan luluskan qadha dan qadar-Nya pemberian itu atas dasar istidraj

dan akan menyusahkan

Jika Tuhan jayakan side effect yang negatif sangat banyak tidak sepadan dengan kejayaan

Sebagai contoh untuk pengajaran, untuk renungan, untuk perhatian

Seseorang itu pandai (alim) isteri dan anak pula tidak taat, krisis berpanjangan, kebahagiaan hilang

Kaya musuh pula banyak, atau selalu sahaja sakit tidak berkesudahan dan tidak tenang

Maju dan berjaya, jenayah pula banyak, ketakutan malam dan siang,

pergi ke mana pun bimbang

Ada nama dan glamor, ada jawatan istimewa jiwa pula tidak tenang

kerana hasad dengki orang

Begitulah pengertian qadha dan qadar Tuhan

Harap dapat difahamkan

Ia adalah rahsia Tuhan kita hanya diwajibkan percaya dan meyakinkan

Setiap yang berlaku di dunia dan di Akhirat adalah mengikut qadha dan qadar Tuhan

  

19.7.2003 1

Menjelang Zuhur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer