warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Enkau Tidak Kagum Dengan Tuhan







Enkau Tidak Kagum Dengan Tuhan





Enkau Tidak Kagum Dengan Tuhan

 

Penemuan-penemuan ahli sains engkau kagum

Seolah-olah ahli sains itu luarbiasa

Tuhan yang mencipta bahan-bahan yang dikaji oleh ahli sains engkau tidak kagum

Engkau tidak terasa Maha Kuasa dan Maha Hebatnya Tuhan pencipta bahan-bahan

Sekadar penemuan dia bukan pencipta apalah hebatnya

Pencipta tentulah luarbiasa, tapi mengapa engkau tidak terasa?!

Pengkaji hanya mengkaji, meneliti, mengesan sesuatu yang sudah ada engkau hairan?!

Siapa yang mengadakan bahan-bahan yang dijadikan bahan kajian oleh ahli sains?

Itulah Tuhan, mengapa engkau tidak hairankan Tuhan?

Mengapa engkau tidak kagum dengan Tuhan yang berkuasa dan mampu mencipta bahan?

Kalau bahan itu tidak dicipta oleh Tuhan adakah wujud istilah kajian?!

Hendak kaji apa kalau tidak ada bahan?!

Siapa yang lebih hebat yang membuat bahan atau yang mengkaji bahan?

Itulah menunjukkan hati engkau sudah rosak,

menjadikan cara engkau berfikir pun sudah rosak

Ahli sains menemukan di dalam bahan-bahan berbagai makanan ada zat-zat yang tertentu

Zat-zat makanan itu pula ada peranan atau ada khasiat yang tertentu,

berperanan untuk tertentu buat badan engkau hairan?

Tuhan menjadikan makanan, di dalam makanan itu pula ada zat yang tertentu

untuk khasiat yang tertentu buat insan engkau tidak kagum?

Engkau tidak hairan?

Sepatutnya engkau bertambah kagum dan hairan dengan kemampuan Tuhan!

Tuhan bukan sahaja mampu membuat bahan!

Rupanya di dalam bahan ada benda yang tersirat yang tidak nampak oleh mata kasar

ada khasiat!

Membuat khasiat lebih susah daripada benda atau bahan!

Begitulah kemampuan Tuhan!

Khasiat di dalam bahan atau benda sepatutnya semakin kita rasa

Tuhan itu Maha Berkuasa dan Maha Hebat

Sepatutnya engkau tersungkur di hadapan kebesaran Tuhan setelah hasil penemuan

Rupanya makin  banyak penemuan-penemuan dibuat, daripada mengkaji bahan-bahan ciptaan Tuhan, semakin terlindung Tuhan dan kebesaran-Nya!

Patutlah Tuhan ada berkata di dalam Al Quran yang bermaksud:

Ada orang tersesat berdasarkan ilmu

Tersesat setelah ada ilmu!

Rupanya ada ilmu belum menjamin seseorang itu tidak tersesat

Oleh itu akal dan ilmunya mestilah dipimpin oleh ilmu wahyu

Ilmu akal semata-mata akan membawa kesesatan

Perlunya wahyu memandu akal

Haraplah ambil perhatian!

 

15.6.2004 1

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer