warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Engkau Tidak Lihatkah Kasih Sayang Tuhan







Engkau Tidak Lihatkah Kasih Sayang Tuhan?




Engkau Tidak Lihatkah Kasih Sayang Tuhan?

 

Engkau tidak lihatkah bagaimana kasih sayang Tuhan?

Engkau tidak sedarkah rahmat Tuhan ke atas dirimu?

Engkau boleh hidup kerana engkau boleh menarik nafas turun naik

Oksigen Tuhan yang diizinkan kepadamu

Engkau ada lidah boleh merasa makanan dengan lazat,

Setiap hari engkau gunakan untuk bercakap

Itu kasih sayang Tuhanlah kepadamu!

Mengapa engkau tidak terasa kasih sayang-Nya kepada engkau?

Di waktu engkau letih perlu rehat, ditidurkan-Nya engkau

Hingga pulih semula kesegaran badanmu

Engkau mendapat semula kekuatan badan untuk bekerja

Bukankah itu kasih sayang Tuhan kepada engkau?

Di waktu ingin berhibur, engkau diberi isteri atau suami

Engkau boleh menghilangkan tension dan ketegangan fikiranmu

Boleh bertolong bantu satu sama lain, meringankan kerja-kerjamu

Engkau tidak terasa lagikah itu adalah kasih sayang Tuhanmu?

Engkau diberi mata boleh melihat berbagai-bagai benda

Hingga engkau boleh menilai apa yang engkau lihat

Setengah yang engkau lihat boleh menghiburkan engkau

Apakah itu bukan kasih sayang Tuhan kepadamu?

Sekali-sekala engkau disakitkan

Adakalanya engkau dimiskinkan

Agar engkau sedar engkau hamba yang tidak ada kuasa  

Engkau rasa tidak menyenangkan dan hilang kesabaran engkau

Sedikit sahaja nikmat engkau diambil, engkau gaduh

Sedangkan nikmat-nikmat yang disebut tadi

Lebih besar dari yang diambil

Engkau tidak terasa yang engkau masih beruntung

Engkau terasa yang tidak ada

Yang ada pada engkau begitu banyak engkau lupakan

Sepatutnya engkau berterima kasih kepada Tuhan

Kerana nikmat yang masih ada terlalu banyaknya

Patut engkau malu kepada Tuhan

Kerana yang hilang itu terlalu sedikit

Dibandingkan yang masih ada

Engkau ini betullah manusia yang tidak ada hati perut

Tuhan memberi kasih sayang kepada engkau setiap masa engkau tidak terasa?

Kalau engkau masih tidak sedar lagi

Patutlah engkau ini masuk Neraka

Kerana kufur dengan nikmat Tuhan!

 

Menjelang Tidur

5.12.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer