warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Engkau Tersesat Berfikir







Engkau Tersesat Berfikir




Engkau Tersesat Berfikir

 

Engkau hairan manusia mengembara merata dunia

Mengapa engkau tidak hairan bumi yang dipijak ciptaan Tuhan?

Engkau kagum dengan ilmu yang dimiliki orang

Mengapa tidak kagum dengan akal ciptaan Tuhan

Yang membolehkan mendapat ilmu?

Kalau tidak ada akal kepunyaan Tuhan

Bolehkah manusia berfikir untuk mendapat ilmu?

Engkau rasa terpesona dengan bangunan dari bahan-bahan yang ada di dunia

Mengapa engkau tidak terpesona dengan Tuhan

Yang mengadakan bahan-bahan itu?

Kalau tidak ada bahan-bahan itu bolehkah manusia membangun?

Engkau kaget dengan manusia yang berkuasa di dunia

Yang mempunyai negara dan rakyat yang begitu ramai

Dengan penuh keangkuhan dan kesombongan

Engkau serah hati dengannya

Mengapa engkau tidak rasa kaget dengan Tuhan yang mempunyai bumi?

Yang mencipta rakyat hingga mereka boleh berkuasa

Kalau tidak ada negara dan rakyat, bolehkah manusia berkuasa?

Lebih-lebih lagi kalau mereka tidak dijadikan

Apakah timbul ada kuasa?

Aku rasa aneh cara engkau berfikir

Perkara yang tidak sepatutnya engkau kagumi

Engkau boleh kagum

Yang patut engkau kagumi engkau tidak kagum

Kebesaran manusia engkau nampak

Kebesaran Tuhan yang Maha Hebat engkau tidak nampak?

Bagaimana cara engkau berfikir?

Yang tidak hebat engkau rasa hebat

Yang hebat engkau tidak terasa hebat

Yang sebenarnya engkau telah tersalah berfikir

Atau engkau telah tersesat berfikir

 

Menjelang tidur

5.12.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer