warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Engkau Sedang Membuat Postmortem







Engkau sedang membuat postmortem





Engkau sedang membuat postmortem

 

Engkau Ashaari sedang membuat satu postmorterm

Sama ada engkau sedari atau tidak ia sedang berlaku

Untuk menyiapkan tenaga-tenaga untuk daulah

Yang sedang di ambang pintu

Engkau akan menerajui sebuah kerajaan sementara aku datang

Kedatanganku sebagai Imamul Mahdi pasti terjadi

Asa'ari kesayanganku!

Tanda-tanda dekatnya zaman daulah itu sudah semakin terserlah

Semua sistem di dalam negara Malaysia sudah jam

Mahathir sedang kebingungan

Apa sahaja yang dibuat semuanya tidak jadi

Di samping apa sahaja yang berlaku semuanya menekan dia

Satu sahaja lagi kejadian yang besar berlaku maka dia pun akan jatuh

Jatuhnya lebih parah dari Anwar

Ramai orang yang akan menyeret dia ke mahkamah

Di mahkamah Mahathir akan dihukum sangat terhina

Ataupun dia akan dihina dan dicaci oleh rakyat terang-terangan di depan mata

Bumi ini akan dirasa sempit oleh Mahathir

Dia akan terasa terhimpit

Malunya tidak dapat dibayangkan

Tidak akan ada orang yang simpati lagi dengannya

Terhina seorang diri

Di mana pergi akan dicaci dan dimaki

Begitulah nasib seorang diktator di akhir zaman ini

Kerana Islam akan datang gemilang kali kedua

Sudah nasib dia kerana dosa-dosanya selama ini

Ini baru di dunia

Kalau dia tidak bertaubat

Di Akhirat kelak lagi menderita dan terseksa.

 

8.8.2000

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer