warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Engkau Sangka Musuh Merosakkan Engkau







Engkau Sangka Musuh Merosakkan Engkau




Engkau Sangka Musuh Merosakkan Engkau

 

Engkau selalu menyangka orang lain akan merosakkan engkau

Engkau selalu sahaja prejudis dengan musuh-musuh engkau

Engkau merasakan musuh-musuh engkau akan membinasakan engkau

Rupa-rupanya musuh-musuh engkau sekali-sekala sahaja merosakkan engkau

Orang lain, adakalanya engkau terselamat daripada kejahatannya

Tapi engkau sama ada disedari atau tidak setiap hari dirosakkan oleh perkara yang sangat rapat dengan diri engkau

Setiap hari engkau dirosakkan oleh ilmu dan kepandaian engkau

Setiap masa engkau dirosakkan oleh nama, glamour engkau

Sering sahaja engkau dirosakkan oleh harta dan kekayaan engkau

Jawatan dan kekuasaan engkau itulah yang selalu merosakkan engkau

Amanah yang diberikan kepada engkau itulah yang selalu merosakkan engkau

Cara engkau berfikir itulah yang merosakkan engkau

Keyakinan engkau itulah yang banyak merosakkan engkau

Ideologi yang ada di kepala engkau itulah yang merosakkan engkau

Sedangkan kalau musuh engkau merosakkan engkau mudah engkau sedar

Orang lain merosakkan engkau cepat engkau dapat mengesannya

Tapi kalau ilmu, harta, pangkat, kekuasaan, nama dan glamour yang merosakkan engkau

Payah engkau hendak insaf dan sedar

Engkau tidak terasa dirosakkan olehnya

Engkau terasa itu semuanya adalah kejayaan engkau

Itu semuanya adalah kemajuan yang engkau tempa dan kejayaan yang engkau buat di dalam kehidupan engkau

Engkau rasa telah berjaya di dalam kehidupan engkau

Kerana itulah payah engkau hendak sedar

Engkau rasa itu adalah satu kejayaan bukan kerosakan

Engkau tertipu di dalam kehidupan engkau

 

27 Muharam 1421H

Selepas Asar

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer