warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Engkau Melupakan Tuhan







Engkau Melupakan Tuhan




Engkau Melupakan Tuhan

 

Engkau melupakan Tuhan yang telah memberi nikmat kepada engkau?

Betul-betul engkau telah buta mata hati

Kalau mata hati engkau tidak buta

Masakan engkau boleh melupakan anugerah Tuhan kepada engkau

Jika mata hati engkau tidak buta

Cukuplah, ambil satu contoh sahaja nikmat dari Tuhan

Kalau mata hati engkau tidak buta

Engkau tersungkur sujud di hadapan Tuhan

Iaitu nafas atau oksigen yang engkau terima dari Tuhan

Kalau engkau tidak dapat oksigen, matilah engkau

Jika engkau tidak bernafas, tidak ada ertinya harta kepada engkau

Kalau nafas engkau berhenti, rumah besar pun tidak berguna lagi

Kalau engkau tidak boleh bernafas, pangkat pun tidak mempunyai erti

Kalau Tuhan tahan nafas engkau, bintang kehormatan tidak bernilai lagi

Jika engkau tidak dapat oksigen, nama dan glamour tidak berharga lagi

Apabila udara Tuhan tahan, kuasa yang ada tidak berguna lagi

Bila Tuhan tidak memberi nafas, kekayaan yang ada tidak memberi erti apa-apa

Sekiranya Tuhan tidak beri udara, kereta besar menjalar tidak memberi erti

Segala yang engkau miliki tidak ada erti apa-apa, jika udara tidak ada

Baru kita sedar nikmat udara sahaja sudah terasa besarnya anugerah Tuhan

Kerana terasa benar oleh kita, adanya udara segala yang kita miliki ada erti

Jika udara tidak ada, segala yang kita miliki tidak bermakna lagi

Nikmat udara sahaja pun sudah cukup engkau tersungkur sujud kepadaTuhan

Tanda besyukur kepada Allah dan mengakui ketuhanan-Nya

 

Menjelang tidur

21.11.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer