warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Engkau Maha Tahu Yang Kecil Dan Besar







Engkau Maha Tahu Yang Kecil Dan Besar




Engkau Maha Tahu Yang Kecil Dan Besar

 

Tuhan! Engkau Maha Tahu yang kecil dan yang besar

Di dalam semua perkara dan benda

Terhadap apa jua jenis makhluk-Mu

Kerana Engkaulah yang menciptanya

Tapi pada-Mu kedua-duanya sama sahaja

Tidak ada beza di antara keduanya

Jika kecil Engkau sebutkan maka ia terjadi, yang besar Engkau sebutkan pun terjadi juga

Tidak pula yang kecil rasa mudah dan yang besar terasa payah dan susah

Tidak seperti makhluk-Mu yang lemah; membuat perkara kecil mudah, membuat perkara besar susah

Walaupun di antara habuk dan gunung; yang satu halus dan yang satu besar gagah

Namun Qudrat dan Iradah-Mu Tuhan, keduanya sama sahaja

Walaupun Engkau memberitahu manusia, langit dan bumi Engkau jadikan selama enam hari,

Bukan ertinya Engkau tidak boleh jadikan dengan sekelip mata

Bukan pula Engkau tidak boleh lakukan secara kun - jadilah maka ia pun terjadi

Enam hari itu memang kehendak-Mu sendiri

Untuk didikan kepada manusia

Begitu juga jarak jauh dan dekat, Engkau tahu juga

Dan Engkau tahu ini dekat dan ini jauh

Tapi pandangan-Mu sama sahaja

Dekat dan jauh tidak ada beza apa-apa

Bahkan yang tersembunyi dan yang nyata pada-Mu sama sahaja

Macam mana Engkau melihat yang jauh, begitulah juga Engkau melihat yang dekat

Tidak seperti penglihatan makhluk

Melihat yang dekat dengan yang jauh ada bezanya

Yang dekat mudah dilihat, yang jauh susah dilihat

Maha Suci Engkau Tuhan dan Maha Agung Engkau Tuhan

 

Selepas Asar

6.8.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer