warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Dosa Lahir Buah Dosa Batin







Dosa Lahir Buah Dosa Batin




Dosa Lahir Buah Dosa Batin

 

Dosa ada dua kategori, zahir dan batin

Yang lahir nampak dan mudah disedarkan

Dosa yang lahir sebenarnya adalah buah dosa yang batin

Atau yang dalam yang tidak nampak oleh mata dan akal

Dosa yang batin terlalu banyak ramai orang tidak sedar

Dan payah disedarkan mereka

Kalau dosa yang lahir nampaknya sedikit sahaja

Yang dalam lebih banyak lagi

Cuma peluang untuk bertindak belum ada

Dosa yang lahir yang sedikit itu kerana ada peluang membuatnya

Yang banyak lagi yang di dalam itu belum keluar lagi

kerana tidak ada peluang untuk bertindak

Kalau yang di dalam itu ada peluang masya-Allah

Yang lahir itu akan makin bercambah

Dan bercabang serta berkembang sangat banyaknya

Oleh kerana dosa yang dalam banyak peluang untuk berbuat terhalang

Ramai yang menyangka dia tidak ada dosa

Kerana itulah ramai yang berkata “Saya tidak bersalah.”

“Saya tidak buat dosa.”

Dosa sombong, dosa riyak, dosa megah, dosa ujub,

Dosa dengki, dosa hendak glamor, hendak puji

dan lain lagi mana nampak

Apabila lahir buahnya baru nampak

dosa yang terpendam dalam hatinya

Buahnya akan nampak apabila tercabar

Apabila dapat sesuatu, apabila dicaci, apabila dipuji

Dinasihati dan lain-lain barulah nyata

Di sinilah perlunya mursyid, kerana yang punya diri

pun tidak begitu nampak dosa yang tersembunyi itu

Mursyid sahaja yang dapat memberitahu dosa batin

Sama ada secara langsung mahupun tidak secara langsung

Kerana itulah untuk menuju Allah Taala

kenalah ada guru yang bertaqwa

Guru yang bertaqwa sahaja yang boleh tahu

perjalanan batin murid-muridnya       

 

3.1.2003

Selepas Zuhur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer