warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Didiklah Anak Bersama Tuhan







DIDIKLAH ANAK BERSAMA TUHAN 




Didiklah Anak Bersama Tuhan

 

Seorang ibu dan seorang bapa menyesali diri anaknya

Anak yang dididik dari kecil derhaka kepadanya

Di waktu kaki anaknya masih selebar dua jari, lembut dan licin

Dibelai, dijaga, semut seekor pun tidak boleh menghampirinya

Malam berjaga menyusukan anaknya, berak dan kencing dibasuhnya

Dimandikan, dilap apabila sampai waktunya

Dibedak, dilampin dan bedung setiap hari

Sakitnya diubati, sebelum sembuh hati ibu gelisah dan derita

Aduh! Anaknya ditatang macam minyak yang penuh

Dimanjakan, dibelai, kasih dan sayang sepenuh hati

Hinggalah anaknya membesar disekolahkan,

hingga berjaya taraf cemerlang

Siapakah ibu yang tidak gembira, anaknya mendapat kejayaan

Lepas itu anaknya mendapat kerja, berjawatan tinggi bergaji besar

Di sebuah syarikat yang gagah perkasa

Rumahnya besar, kereta menjalar, semua orang iri hati dibuatnya

Tapi, aduh! Anaknya derhaka, ibunya terbiar tidak dipeduli

Rupanya anak dididik semenjak kecil

memburu dunia, nama dan glamor

Tuhan tidak dikenali, jauh sekali untuk dicintai

Kejayaan anaknya hasil didikannya

mendapat kedudukan yang gemilang

Hasil didikan tanpa Tuhan senjata makan tuan

Insaflah wahai ibu dan bapa

Didiklah anak bersama Tuhan

Tuhanlah penentu seseorang

mengenal budi ibu bapanya

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer