warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Di Antara Ajaran Sesat







Di Antara Ajaran Sesat




Di Antara Ajaran Sesat

 

Di antara ajaran sesat, orang yang memuja negara

Ia lebih dicintai dan dipuja daripada Tuhan yang mencipta negara

Sikit-sikit negara, sikit-sikit demi negara, negara mesti dijaga

Apa sahaja hendak dibuat kerana negara

Berjuang kerana negara, membangun kerana negara, segala-galanya untuk negara

Mereka telah syirik di dalam keyakinannya

Jangan siapa sahaja yang menyentuh negara, dia tersinggung sungguh

Tuhan kalau dihina dia tidak pun rasa tersentuh

Syariat Tuhan bukan sahaja kalau orang menghina

Dia sendiri pun menghina tidak terasa apa-apa

Orang ini negara telah menjadi agamanya

Negara disanjung dan dipuja lebih daripada segala-galanya

Sekalipun Tuhan yang Maha Pencipta

Di mana sahaja dan di masa bila pun, kalau bercakap negara mesti disebut

Tuhan jarang-jarang sekali disebut

Kalaupun Tuhan disebut, bukan kerana cinta atau takut

Hanya penyedap mulut

Kesalahannya terhadap negara dipandang besar

Mereka dianggap subversif dan mesti dihukum

Kesalahan terhadap Tuhan, sudah tidak terasa lagi satu kesalahan

Betapalah hendak dihukum, memang tidak terfikir oleh fikirannya

Orang ini sungguh tersesat jalan

Orang ini bukan senang untuk dibetulkan

Kerana keyakinannya telah mendarah mendaging

Telah menjadi hati dan fikiran

Dia sanggup mati kerana negara

Sanggup mengorban apa sahaja demi kerananya

Kasihan orang ini, negara telah jadi agama

 

Lepas Asar

24.9.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer