warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Di Alaf Baru Golongan Terbiar Terbela Semula







Di alaf baru golongan terbiar terbela semula





Di alaf baru golongan terbiar terbela semula

 

Di alaf baru ini golongan yang terbiar terbela semula

Golongan yang terbiar agamanya, mereka beragama

Yang terbiar makan minum mereka, ada yang membela

Mereka yang merempat dan melarat dikutip dan dijaga

Orang yang terzalim dan teraniaya ada yang membela

Fakir miskin tidak akan disia-sia

Anak-anak yatim dan orang-orang tua, keluarga mereka akan menjaga dengan sukarela

Mereka diberi kasih sayang dan dibelai dengan sewajarnya

Kecuali mereka yang tidak ada keluarga, masyarakatlah yang memelihara

Mereka yang terbiar akan bertukar menjadi pembela-pembela agama

Mereka bukan ulama tapi macam ulama menjaga syariatnya

Perosak-perosak masyarakat selama ini terutama pemimpin dan ulama akan menghilang diri

Hendak berlakon di tengah masyarakat macam dahulu tidak mampu lagi

Mereka malu sendiri, kerana orang ramai pandai menilai di waktu ini

Orang yang berpura-pura tidak boleh berlakon lagi

Orang yang jujur dikenalpasti dan dihormati

Golongan yang menjual maruahnya selama ini, tidak melakukannya lagi

Dengan faktor barakah dan karamah mereka mudah sedar dan membaiki diri

Orang-orang jahat menjadi baik

Kerana barakah pemimpin mereka yang bertaqwa mereka mudah terdidik

Masya-Allah, lahirlah masyarakat kasih sayang dan harmoni

Seolah-olah macam hidup di dalam satu keluarga

 

Lepas Asar

19.1.2000(12 Syawal 1420)

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer