warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Di Akhir Umurmu







Di Akhir Umurmu




Di Akhir Umurmu

 

Di akhir umurmu, di penghujung kebesaran dan kekuasaanmu

Di waktu berbagai-bagai kemajuan yang telah engkau bina dan cipta

Negara telah menjadi cantik dan indah

Alat-alat perhubungan begitu canggih berlaku di tanganmu

Hingga negara dan dunia seluruhnya telah menjadi dekat dan rapat

Mengikut logik akal, di waktu inilah engkau sepatutnya menerima pujian dan seribu pujaan

Engkau sudah tentu dianggap idola dan wira bangsa

Tapi kamu malang seribu kali malang

Di masa inilah rakyatmu membenci dan menghinamu

Mencemuh dan mengata di merata negara

Hingga orang yang bekerja di bawah ketiakmu

Pun sudah tidak ada hati denganmu

Engkau tidak sedar lagikah?!

Rakyat seluruhnya membencimu

Inilah akibat kemajuan dan kejayaan yang engkau capai secara istidraj

Engkau menjadi bongkak dan sombong

Menghina golongan yang mundur dan tertinggal di belakang

Engkau kata semahu-mahunya terhadap ulama dan para pendakwah

Engkau hancurkan jemaah Islam

Engkau tuduh golongan ini sebagai sesat dan pengacau

Sekarang jemaahmu pula menunggu saat kehancurannya

Dan engkau juga di ambang kejatuhan

Rakyat seluruhnya termasuk orang UMNO menunggu kejatuhanmu

Apakah kamu tidak insaf lagi

Apakah kamu tidak melihat hakikat ini?

Ia berlaku di hadapan matamu sendiri

Bahkan seluruh dunia melihat dan menghinamu dan menunggu kejatuhanmu

Di waktu malam dan siang masih ada buatmu

Di masa pagi dan petang masih kamu bertemu

Dan di waktu nafasmu masih turun naik lagi

Ada harapan lagi buatmu bertaubat

Bertaubat sebelum terlambat!

Jangan jadi macam Namrud dan Firaun

Juga jangan berlaku macam Mousolini dan Hitler

Jangan sampai jadi macam Mustaffa Kamal Attartuk dan King Farouk

Ambil iktibar jugalah jangan jadi seperti Syah Iran yang terhina

Masa masih ada lagi buatmu untuk kembali kepada Tuhan

Tuhan menunggu kesedaranmu

Kalaulah kamu mahu sedar dan insaf

Jika tidak, di dunia lagi kamu akan saksi

Dan seluruh dunia menyaksikan

Berita yang sangat menakutkan akan berlaku kepadamu

 

Lepas Asar

7.7.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer